Isa Samad lepas dan bebas tuduhan rasuah RM3 juta

  • News
  • March 6, 2024

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta terhadap pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah sebulat suara menerima permohonan rayuan Mohd Isa.

Hakim mendapati rayuan yang dikemukakan oleh Mohd Isa mempunyai merit dan keputusan sabit salah serta jatuh hukum oleh Mahkamah Tinggi telah diketepikan.

Keputusan itu juga diterima dengan senyuman oleh Mohd Isa dalam mahkamah manakala para penyokong serta keluarganya berteriak kegembiraan.

Pada 14 Disember 2018, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober 2019.

Beliau disabitkan salah oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Ketika kesalahan itu dilakukan pada Julai 2014 hingga Disember 2015, Mohd Isa merupakan Pengerusi Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta.

Mahkamah juga menetapkan tambahan penjara 18 tahun jika beliau gagal membayar denda tersebut.

Namun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Ketika membuat rayuan, peguam bela Mohd Isa mendakwa anak guamnya perlu dilepas dan dibebaskan kerana tidak ada sebarang bukti mengaitkan beliau telah menerima wang rasuah itu.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 9, 2025
    • 57 views
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

    • News
    • April 8, 2025
    • 52 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    • April 9, 2025
    Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

    • April 9, 2025
    Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH