Tiada jaminan isteri Tun Daim tidak lari jika pasport dikembalikan secara kekal – Pendakwa

  • News
  • March 13, 2024

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, tiada jaminan isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, tidak melarikan diri sekiranya pasport antarabangsanya dikembalikan secara kekal.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin, berhujah permintaan pasport itu bukan untuk menyekat hak kebebasan Na’imah kerana beliau pada bila-bila boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan sementara pasportnya jika ingin ke luar negara.

“Sila nyatakan jaminan tertuduh tidak akan melarikan diri, kami sendiri tidak boIeh beri jaminan, (namun) saya juga tak berani nak kata wujud risiko untuknya melarikan diri.

“Jadi kita perlukan pasport untuk perjalanan prosiding selain syarat tambahan iaitu penyerahan pasport tidak bersifat kejam,” katanya ketika prosiding pendengaran di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache.

Sementara itu, peguam M Puravalen ketika berhujah mewakili Na’imah, berkata pendakwaan tidak mengetengahkan bukti khusus atau berdokumen yang menunjukkan anak guamnya cenderung melarikan diri atau tidak hadir prosiding mahkamah.

Katanya, pihak pendakwaan tidak mengemukakan alasan yang spesifik atau kukuh ketika memohon pasport beliau ditahan.

Oleh yang demikian, hujahnya, perintah Mahkamah Sesyen bagi penahanan pasport adalah salah di sisi undang-undang dan menyebabkan perlanggaran prinsip keadilan yang serius terhadap anak guam dan wajar disemak.

Beliau berkata, syarat tuntutan cagaran itu bukan bertindak untuk menyekat hak kebebasan Na’imah kerana permohonan untuk mendapatkan semula dokumen perjalanan tersebut secara sementara, boleh dibuat kepada mahkamah pada bila-bila masa.

Na’imah memfailkan permohonan pada 16 Februari lalu dengan mendakwa alasan yang kukuh harus diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk menahan pasport beliau dan adalah tidak wajar ia dibenarkan hanya disebabkan rutin atas permintaan pendakwaan.

Pada 23 Januari lalu, Na’imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis supaya mengisytiharkan hartanya seperti yang dikehendaki Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Disember 2023.

Harta-harta itu melibatkan dua buah syarikat, Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd serta dua kenderaan mewah Mercedez Benz.

Selain itu, lapan hartanah didakwa turut gagal diisytiharkan iaitu Menara Ilham di Jalan Binjai di sini, kediaman di Pesiaran Bukit Tunku serta tanah dan bangunan berstatus pegangan bebas di Bukit Tunku, Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail.

Mahkamah membenarkan Na’imah diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Pada 29 Januari lalu, suami beliau yang berusia 85 tahun turut didakwa atas pertuduhan sama membabitkan satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 57 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 52 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH