Kontrak kerajaan dengan Spanco masih berjalan ikut ketetapan – Anwar

KUALA LUMPUR: Kontrak Putrajaya dengan Spanco Sdn Bhd, masih berjalan berdasarkan ketetapan yang dimeterai, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa memastikan kontrak pemerolehan membabitkan syarikat Spanco Sdn Bhd (Spanco) dilaksanakan mengikut keperluan.

Kontrak berkaitan syarikat Spanco itu membabitkan pembekalan, penyelenggaraan dan pengurusan ‘fleet’ kenderaan kerajaan.

“Buat masa kini, kontrak masih berjalan berdasarkan ketetapan dimeterai antara kerajaan dengan Spanco,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, 12 Mac bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai kontrak pemerolehan syarikat Spanco merugikan negara dan jika perlu, kontrak itu ditamatkan.

Syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Vincent sebelum ini, mendakwa terdapat ketidakpatuhan dalam proses tender kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Spanco menyelenggara kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.

Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (RFP) mengenai konsesi berkenaan.

Selain Spanco serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.

Coelho

Related Posts

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR: Deleum Bhd menerusi Deleum Oilfield Services Sdn Bhd menerima kontrak menyediakan perkhidmatan dan peralatan penyelenggaraan telaga (slickline) untuk Pakej A1 selama lima tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

  • March 7, 2025
OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

Cahya Mata Sarawak Bhd berdepan tuntutan saman oleh Mahmud Abu Bekir tuntut periksa akaun syarikat

  • March 7, 2025
Cahya Mata Sarawak Bhd berdepan tuntutan saman oleh Mahmud Abu Bekir tuntut periksa akaun syarikat

KDN berdepan tuntutan RM1.57 bilion gagal urus kontrak Bestinet

  • March 6, 2025
KDN berdepan tuntutan RM1.57 bilion gagal urus kontrak Bestinet

Kenaikan harga kelapa import Indonesia punca harga santan mahal

  • March 6, 2025
Kenaikan harga kelapa import Indonesia punca harga santan mahal

Heitech Padu komited laksana projek LEP RM1 bilion di Sungai Perak

  • March 5, 2025
Heitech Padu komited laksana projek LEP RM1 bilion di Sungai Perak

Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali

  • February 19, 2025
Deleum peroleh kontrak perkhidmatan penyelenggaraan telaga daripada Petronas Carigali