Individu tidak daftar Padu kemungkinan gagal dapat bantuan

  • News
  • March 20, 2024

KUALA LUMPUR: Individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) kemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata bagaimanapun kerajaan masih mempunyai altenatif lain yang boleh digunakan melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam.

“Ia termasuk melalui kerajaan negeri dan tempatan, serta agensi syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan milik kerajaan yang terdapat dalam Padu bagi membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah,” katanya dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar di dalam Padu atas pelbagai sebab.

Shafizan juga mahu kerajaan memperincikan apakah terdapat jaminan golongan itu tidak akan ketinggalan daripada mendapatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Hanifah turut memberitahu, Dewan Rakyat bahawa sehingga 12 Mac lalu, Padu telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.

“Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia,” katanya lagi.

Isnin lalu, Menteri Ekonomi berkata, sebanyak 4,752 kawasan di Malaysia belum diliputi pendaftaran Padu dan berisiko keciciran.

Oleh itu, Rafizi menggesa orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini data di Padu sebelum tarikh akhir 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan.

Menurut data yang diberikan Rafizi, Selangor mencatatkan 1,282 kawasan belum diliputi pendaftaran Padu , diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 992 kawasan, Sarawak 765 kawasan dan Sabah 620 kawasan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • December 9, 2024
  • 40 views
SPRM tidak kesan sebarang salah laku rasuah dalam tadbir urus HRD Corp – Laporan PAC

KUALA LUMPUR: Tiada kesalahan dikesan dalam isu tadbir urus Perbdanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Menerusi laporan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkata…

  • News
  • December 6, 2024
  • 42 views
Zaliha nafi buat kenyataan media mengenai Titah Adendum

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menafikan mengeluarkan kenyataan media berhubung titah adendum berhubung penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak. Tegas Zaliha, kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

  • December 9, 2024
FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

  • December 9, 2024
FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

SPRM tidak kesan sebarang salah laku rasuah dalam tadbir urus HRD Corp – Laporan PAC

  • December 9, 2024
SPRM tidak kesan sebarang salah laku rasuah dalam tadbir urus HRD Corp – Laporan PAC

KWSP pemegang saham utama KIP REIT

  • December 9, 2024
KWSP pemegang saham utama KIP REIT

Detik Ria, syarikat pelaburan dikait Vincent Tan kurangkan pegangan dalam Berjaya Food

  • December 9, 2024
Detik Ria, syarikat pelaburan dikait Vincent Tan kurangkan pegangan dalam Berjaya Food

ST Telemedia Temasek jual saham U Mobile kepada Mawar Setia milik Vincent Tan dan Tunku Aminah

  • December 6, 2024
ST Telemedia Temasek jual saham U Mobile kepada Mawar Setia milik Vincent Tan dan Tunku Aminah