RM7.16 bilion untung bersih BNM pada 2023

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM7.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding RM6.99 bilion pada 2022.

Peningkatan itu berikutan kenaikan jumlah pendapatan sebanyak RM8.77 bilion daripada RM8.52 bilion sebelumnya.

Dalam Laporan Tahunan 2023, bank pusat itu berkata daripada jumlah ini, RM4.31 bilion akan dipindahkan kepada Rizab Risiko yang berjumlah RM150.06 bilion pada 31 Disember 2023.

Bank pusat itu berkata, memandangkan rizab antarabangsa BNM adalah dalam mata wang asing, penting baginya untuk memastikan kedudukan Rizab Risiko adalah memadai bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran kewangan dan turun naik dalam kadar pertukaran asing.

“Baki keuntungan bersih sebanyak RM2.85 bilion akan dibayar kepada kerajaan sebagai dividen berbanding RM2.75 bilion pada 2022,” katanya.

Rizab Risiko ialah penampan kewangan yang terdiri daripada pindahan keuntungan bersih terkumpul, keuntungan atau kerugian belum direalisasikan daripada penilaian semula aset dan liabiliti mata wang asing serta perubahan nilai saksama bagi sekuriti yang direkodkan pada nilai saksama.

BNM berkata, jumlah aset meningkat sebanyak 1.97% kepada RM631.26 bilion pada 31 Disember 2023 berbanding RM619.04 bilion pada 2022.

Ia berkata, rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset BNM sebanyak 83%, berbanding 81% pada 2022.

“Liabiliti BNM adalah terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan dan mata wang dalam edaran yang masing-masing berjumlah RM176.66 bilion dan RM161.82 bilion pada 31 Disember 2023 berbanding masing-masing RM221.89 bilion dan RM162.07 bilion pada 2022,” katanya.

Coelho

Related Posts

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

KUALA LUMPUR: Penyedia rangkaian 5G generasi hadapan Malaysia, U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas utama yang berpangkalan di ASEAN, EdgePoint Infrastructure Sdn Bhd…

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan