E-Mutiara perkenal sistem Track My Bus bantu kesan lokasi bas ekpres menjelang Aidilfitri

  • News
  • March 22, 2024

KOTA BHARU: Sistem Track My Bus diperkenalkan bagi memudahkan penumpang mengenal pasti kedudukan bas ekspres yang dinaiki.

Pengerusi syarikat bas ekspres E-Mutiara (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, langkah itu diambil berikutan setiap kali menjelang Aidilfitri, talian mereka sesak dengan panggilan penumpang yang mahu mengetahui keberadaan bas.

“Kita dapati situasi sama berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri. Penumpang akan bertali arus menghubungi kami untuk mengetahui lokasi kedudukan bas memandangkan pada musim itu berlaku kesesakan jalan yang agak teruk.

“Justeru, mulai hari ini (semalam) kita memperkenalkan sistem Track My Bus di mana penumpang yang membeli tiket bas ekspres di mana-mana kaunter E-Mutiara, mereka boleh mengimbas QR kod pada tiket bas yang diberikan.

“Bagi mereka yang melakukan pembelian dalam talian atau yang tidak disediakan tiket bas, mereka boleh klik pautan track.e-mutiara.com dan mereka akan diminta memasukkan nombor tiket,” katanya pada sidang media.

Mengulas lanjut, menerusi sistem yang diperkenalkan itu, penumpang tidak lagi cemas memandangkan mereka akan mengetahui secara terperinci di mana kedudukan bas dan berapa minit bas dijangka sampai ke stesen masing-masing.

“Penumpang juga boleh merancang perjalanan secara berhemah bagi mengelak mereka ditinggalkan bas dan tidak lagi perlu menghubungi kaunter E-Mutiara,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 15, 2025
  • 22 views
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg meluahkan rasa kecewa kerana beberapa projek yang diumumkan sebelum ini tidak berjalan lancar meskipun dana sudah diperuntukkan. Katanya beliau tidak…

  • News
  • April 9, 2025
  • 82 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM