Kerajaan jamin tiada murid sekolah Henry Gurney, integriti terpinggir

  • News
  • March 22, 2024

MELAKA: Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik hanya kerana mereka berada di sekolah berkenaan.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata jaminan itu termasuk mendapat semua bentuk kemudahan dan kaedah pembelajaran mengikut tahap pendidikan dan jenis peperiksaan yang akan diduduki murid terbabit.

“Jaminan di sini maksudnya semua murid di lapan Sekolah Integriti dan tiga Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan dipinggirkan dengan mereka akan menerima pendidikan yang sama seperti murid di sekolah lain.

“Kita beri jaminan ini kerana mereka masuk ke sini dengan umur yang masih di bangku persekolahan dan pendidikan tetap menjadi keutamaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Hijrah Kasih ke-14 di Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini hari ini.

Beliau berkata antara jaminan akses pendidikan yang akan diperoleh murid berkenaan ialah mereka akan menduduki saringan literasi dan numerasi, mengikuti program khusus untuk meningkatkan literasi dan numerasi dan ditempatkan dalam satu daripada lima kluster iaitu akademi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agama, seni dan budaya serta sukan.

Pelajar juga menurutnya, dijamin mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata keutamaan dalam pendidikan di Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney terbukti apabila sebanyak 86 calon telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2022 dengan lima calon berjaya mendapat keputusan 5A dan ke atas, manakala kelulusan calon di semua sekolah berkenaan ialah 100 peratus.

Sementara itu, beliau mengakui wujudnya kekangan dari segi jumlah tenaga pengajar di sekolah-sekolah berkenaan, namun memberi jaminan kementerian telah mengambil maklum dan akan menambahnya dari semasa ke semasa.

“Proses itu (pertambahan guru) berlaku sepanjang tahun dan setakat ini, kita mempunyai 83 guru di 11 sekolah berkenaan, kita komited untuk mengangkat martabat murid ini menerusi pendidikan tanpa mengira latar belakang atau status,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 23 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 28 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat