Pemandu bas ditahan langgar penunggang motosikal sehingga mati

  • News
  • March 29, 2024

BALING: Seorang pemandu jengkaut maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah bas kilang dalam kejadian di Kuala Ketil dekat sini malam tadi.

Mangsa, Ooi Su Ching, 43, maut di lokasi susulan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Bakong ke rumahnya di Kuala Ketil.

Katanya, hasil siasatan mendapati bas kilang yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan dari Bayan Lepas, Pulau Pinang menghala ke pekan Kuala Ketil untuk menghantar penumpang.

“Apabila tiba di tempat kejadian pemandu bas berkenaan yang ketika itu berada di lorong kiri telah memotong sebuah kereta di hadapannya sebelum melanggar bahagian belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kanan untuk membelok ke simpang jalan.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting sebelum jatuh di laluan bertentangan selain disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu serta kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Shamsudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Kita akan melakukan ujian air kencing terhadap pemandu itu dan permohonan reman juga akan dibuat ke atasnya di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • January 28, 2025
  • 58 views
Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat air di Johor, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menipu syarikat tersebut berhubung program kebajikan yang tidak pernah dilaksanakan melibatkan…

  • News
  • January 27, 2025
  • 75 views
COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai operasi (COO) kumpulan Prolintas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM70,000. Rostam Shahrif Tami, 59, mengaku tidak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagau Pengerusi baharu

  • January 30, 2025
Key Alliance lantik Farhash Salvador sebagau Pengerusi baharu

Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

  • January 28, 2025
Bekas CEO syarikat air di Johor didakwa tipu RM3.38 juta dalam program kebajikan tidak wujud

MMAG beli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga RM29.12 juta

  • January 28, 2025
MMAG beli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga RM29.12 juta

BNM Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM berkuat kuasa 1 Februari

  • January 28, 2025
BNM Madelena dilantik Penolong Gabenor BNM berkuat kuasa 1 Februari

COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

  • January 27, 2025
COO Prolintas Didakwa Terima Rasuah RM70 000, Mengaku Tidak Bersalah

Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB

  • January 22, 2025
Vivy Yusof dan Suami dituduh lagi atas dakwaan seleweng RM8 juta dana Khazanah, PNB