BANGI: Elrah Exclusive catat peningkatan jualan sebanyak 15% sempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.
Pengasas jenama pakaian tempatan popular itu, Mohd Hilmi Che Azman berkata, peningkatan jualan itu mencecah hampir RM200 juta.
Bagaimanapun, Mohd Hilmi yang lebih dikenali sebagai El Azman berkata, jumlah keseluruhan jualan pada tahun ini masih belum dimuktamadkan berikutan masih berbaki beberapa hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri.
“Perniagaan kita memang memberangsangkan daripada segi duta duta dan pemasaran boleh dikatakan meningkat 15%. Dia tak sampai 200 juta tapi lebih kurang sebab kita masih ada berbaki beberapa hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di butik miliknya di sini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media, pada Khamis.
Turut hadir pada majlisberbuka puasa adalah para duta Elrah Exclusive antaranya Sharnaz Ahmad, Meerqeen dan Fahimi Rahmat serta beberapa yang lain.
El Azman bersama para duta
Mengulas lanjut, El Azman berkata sasaran jualan tahun ini adalah sebanyak RM250 juta. Bagaimanapun beliau berkata sasaran itu kemungkinan tidak dapat dicapai atas beberapa faktor.
“Impian saya RM250 juta tapi daripada segi struktur tahun yang kita rasa tak dapat capai disebabkan produksi dan masa. Insyallah tahun depan kita akan cuba sedaya upaya untuk RM250 juta.
“Elrah memerlukan masa selama setahun enam bulan untuk pengeluran itu jadi bila kita buat kira-kira pengeluran itu tidak sempat untuk tahun 2024,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, El Azman turut menyatakan jenama itu dalam perancangan untuk menambah koleksi pakaian wanita pada tahun depan.