Heitech Padu, MyE.G meterai kerjasama teroka perkhidmatan IT

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd telah memeterai perjanjian dengan MyEG Services Bhd untuk membentuk kerjasama interim bagi meneroka perkhidmatan berkaitan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

HeiTech Padu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian itu sah selama setahun dari tarikh ia ditandatangani melainkan dan sehingga digantikan dengan perjanjian berikutnya yang dibuat oleh kedua-dua pihak, yang mana lebih awal.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam aktiviti pemasaran, perkongsian pengetahuan berkaitan dan integasi sistem penyelesaian IT untuk projek yang dikenal pasti kepada bakal pelanggan.

Syarikat itu menambah bahawa mana-mana pihak boleh menarik diri daripada perjanjian pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis selama 30 hari.

Perjanjian tersebut ditandatangani pada Isnin, 15 April 2024.

“Perjanjian ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan Syarikat apabila pelaksanaannya telah menjadi kenyataan sepenuhnya,” kata Heitech Padu.

Sementara itu dalam pemfailan berasingan kepada bursa, MyEG Services berkata, syarikat itu tidak melihat sebarang risiko luar biasa daripada perjanjian itu selain daripada risiko operasi/perniagaan yang berkaitan dengannya.

Pada 11 Mac lalu, MyEG Services memperoleh 14.4% kepentingan dalam HeiTech Padu dengan harga RM31.25 juta sebagai sebahagian daripada pelaburan strategiknya.

Penyedia e-perkhidmatan itu berkata, unitnya, MyEG Capital Sdn Bhd memperoleh pegangan 14.57 juta saham melalui pasaran terbuka dan urus niaga perniagaan langsung.

Pada pukul 11.15 pagi, harga saham MyEG turun 0.64% kepada 77.5 sen sesaham, manakala harga saham HeiTech Padu kekal pada RM2.43 sesaham.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat