Saham Farm Price bermula cemerlang di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Farm Price Holdings Bhd (Farm Price) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan memberangsangkan apabila sahamnya mencatatkan premium 100% pada 48 sen, berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 24 sen sesaham.

Pada loceng pembukaan, kaunter saham itu menyaksikan 7.67 juta saham bertukar tangan.

Kumpulan itu berjaya mengumpul sejumlah RM24.5 juta daripada IPO.

Daripada jumlah itu RM6.40 juta (26.14%) akan digunakan untuk pembinaan kemudahan operasi tambahan dan berkaitan di pusat pengedaran Senai manakala RM2 juta (8.17%) diperuntukkan untuk pembelian mesin, peralatan dan logistik serta pengangkutan.

Sejumlah RM1.6 juta (6.54%) diperuntukkan untuk pusat pengagihan dan perolehan wilayah manakala RM10.58 juta (43.22%) dikhaskan untuk modal kerja, dengan baki RM3.9 juta (15.93%) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Farm Price, Dr Tiong Lee Chian, berkata penyenaraian syarikat itu akan membolehkannya memberikan tumpuan kepada pembangunan pasaran di Singapura dengan mewujudkan pangkalan pemasaran dan jualan.

“Jumlah hasil syarikat sebelum ini kira-kira 25% dan kini untuk suku pertama 2024 meningkat kepada 28% di mana kami menjangkakan lebih banyak jualan di Singapura kerana menerima banyak permintaan yang sebenarnya datang dari negara itu.

“Jadi, kami akan memberi tumpuan untuk menambah lebih ramai kakitangan pemasaran dan jualan bagi mengembangkan perniagaan di Singapura dan mengharapkan margin akan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia, hari ini.

Lee Chian berkata, pasaran Singapura telah menyumbang satu perempat daripada jumlah keseluruhan kumpulan dengan margin keuntungan yang lebih tinggi, meletakkannya sebagai strategik fokus untuk pengembangan masa hadapan.

“Syarikat mengiktiraf potensi pertumbuhan yang ketara dalam industri sayur-sayuran segar, di mana bahagian pasaran kami kekal di bawah satu peratus di Malaysia dan Singapura.

“Kami bersyukur di atas keyakinan yang ditunjukkan oleh pasaran, ketika kami memulakan usaha baharu ini dalam pertumbuhan sebagai syarikat yang tersenarai,” katanya.

Coelho

Related Posts

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes, dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya (UM) selama tiga tahun. Dalam satu kenyataan, UM menyatakan, pengalaman luas Tony dalam industri…

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

KUALA LUMPUR: Ketua Dasar Awam Tiktok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil, sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi MDEC Syed Ibrahim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia