Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

  • Kes
  • June 4, 2024

PETALING JAYA: Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, menarik diri sebagai peguam mereka bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co dalam kenyataan berkata, dirinya tidak lagi mewakili mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau sebelum ini dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan itu pada oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor pada 10.05 pagi hari berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat