Kes Bekas Pengarah Revenue Group: Saksi Tidak Diberitahu Pemilik Akaun Bank Omega Dinasty hanya Nominee

  • Kes
  • June 11, 2024

KUALA LUMPUR: Penolong Pengurus CIMB Desa Park memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia tidak dimaklumkan pemilik akaun bank Omega Dynasty Sdn Bhd adalah hanya nominee (penama) yang memegang jawatan sebagai pengarah dalam syarikat tersebut.

Foo Wai Ting, 56, memaklumkan kepada mahkamah pihak bank tidak akan membenarkan pembukaan akaun tersebut sekiranya dimaklumkan bahawa pemilik akaun itu adalah nominee (penama) kepada syarikat.

“Jika dia (Cheng Yuen Chen) cakap kita (CIMB) tidak akan buka akaun,” katanya ketika disoal balas peguam dari pihak pembelaan dalam kes pemalsuan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat dihadapi bekas Pengarah Pengarah Revenue Group Bhd.

Dzulkifli Ahmad: Puan jika pengarah syarikat tersebut merupakan nominee (penama) adakah perlu pengarah itu maklum kepada CIMB semasa pembukaan akaun?

Saksi: Perlu

Dzulkifli Ahmad: Adakah pengarah syarikat juga perlu beritahu kepada CIMB siapakah beneficial owner syarikat tersebut?

Saksi: Perlu

Dzulkifli Ahmad: Dalam kes Omega Dynasty Sdn Bhd ini, adakah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) beritahu bahawa pemilik akaun salah sorang pengarah syarikat ini adalah Cheng Yuen Cheng iaitu penandatangan kepada akaun ini. Puan boleh sahkan siapa pengarah syarikat semasa pembukaan akaun?

Saksi: Cheng Yuen Cheng

Dzulkifi Ahmad: Siapa pemilik omega berdasarkan dokumen yang dikemukan kepada CIMB?

Saksi: Orang sama iaitu Cheng Yuen Chen

Dzulkifli Ahmad: Puan ada atau tidak pihak CIMB dimaklumkan bahawa Cheng Yuen Chen ini adalah nominee kepada abangnya yang bernama Cheng Choon Choon?

Saksi: Tiada

Dzulkifli Ahmad: Adakah dimaklumkan kepada pihak CIMB bahawa abang beliau (Cheng Choon Choon) hanya menggunakan nama Cheng Yuen Chen untuk mendaftarkan syarikat Omega Dynasty Sdn Bhd sekaligus membuka akaun bank?

Saksi: Tidak ada

Terdahulu, Wai Ting ketika membaca kenyataan saksinya mengesahkan bahawa terdapat beberapa transaksi keluar dan masuk wang membabitkan akaun bank milik syarikat Omega Dynasty Sdn Bhd.

Wai Ting merupakan saksi pertama dalam kes membabitkan bekas Pengarah Revenue Group Bhd, Brian Ng Shih Chiow, yang didakwa atas 12 pertuduhan subahat memalsukan invois dan pesanan pembelian dengan tujuan menipu syarikat, tiga tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan hakim Rozina Ayob bersambung esok.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat