Tiada pengakuan bersalah dibuat oleh ibu Zayn Rayyan – Peguam

  • Kes
  • June 12, 2024

PETALING JAYA: Peguam kepada ibu kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, berkata tiada sebarang pengakuan dibuat oleh wanita tersebut di Mahkamah Majistret hari ini.

Sebaliknya, Mahmud Jumaat, berkata anak guamnya itu memberi keterangan kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya membuat bantahan terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.

Mahmud berkata pihaknya membantah permohonan terbabit mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

“Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 adalah pengakuan salah kalau dibuat dalam jagaan polis tidak boleh diguna pakai di mahkamah kecuali pengakuan itu dibuat di hadapan hakim atau majistret.

“Dalam kes ini, ada atau tidak pengakuan salah yang dibuat anak guam. Namun, menariknya anak guam tidak membuat sebarang pengakuan salah, sebaliknya memberi keterangan kepada majistret,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah, hari ini.

Mahmud turut memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih membabitkan anak guam serta kematian kanak-kanak itu.

“Terdapat percanggahan yang ketara dan jelas apa yang diberikan anak guam menerusi keterangannya dengan apa yang diuar-uarkan di luar sana (spekulasi orang ramai).

“Maka, saya mohon orang ramai untuk bekerjasama dan menghormati proses siasatan. Esok kita boleh mendengar dan melihat apa keputusan siasatan serta pertuduhan dibuat pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili bapa kanak-kanak autisme itu pula mendakwa tindakan polis membawa ibu kepada kanak-kanak itu ke Mahkmaah Majistret hari ini, untuk merekod pengakuan bersalah sebagai luar biasa dan ‘illegal’.

Fahmi Abd Moiz berkata ia berikutan pihak pembelaan termasuk Mahmud Jumaat yang mewakili ibu kepada kanak-kanak itu tidak dimaklumkan terlebih awal berkenaan prosiding tertutup hari ini.

Beliau berkata, bantahan telah dibuat kerana permohonan prejudis terhadap anak guamnya dan berisiko menjejaskan kes pada masa akan datang.

“Asas bantahan kami dalam Kanun Tata Cara Jenayah tidak ada apa-apa dinyatakan proses yang jelas tentang permohonan seperti ini di mana kami juga bertanyakan pihak pegawai penyiasat tidak dimaklumkan lebih awal.

“Bantahan telah direkodkan pihak mahkamah, atas tidak ada apa-apa peruntukan khusus kami juga menyatakan ianya sangat perjudis terhadap dua anak guam yang tidak dibawa,” ujarnya.

Pagi tadi, ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan, dibawa ke mahkamah sebelum dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Terdahulu ibu bapa kepada Zayn Rayyan direman tujuh hari pada 1 Jun lalu. Kemudian polis memohon reman disambung enam hari lagi sehingga esok.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 214 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 188 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025