Insiden simbah asid: Faisal Halim masih trauma akui mahu tinggal kerjaya “Asal Keluarga Selamat”

  • Kes
  • June 14, 2024

KUALA LUMPUR: Penyerang Selangor FC, Faisal Halim yang membuat penampilan pertama selepas insiden disimbah asid mengakui masih trauma dengan kejadiannya yang menimpa beliau.

Malah, Faisal Halim mengakui pernah terfikir mahu meninggalkan kerjaya yang diminatinya itu dan pulang sahaja ke kampung demi keselamatan keluarganya.

“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji puluh ribu dan hendak balik kampung.

“Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak mahu hidup dalam ketakutan.

“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tidak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” katanya di kemunculan pertamanya di sidang media bersama pengurusan Selangor FC, semalam.

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid sehingga disahkan melecur tahap empat.

Pemain itu dilaporkan dalam keadaan agak kritikal pada awalnya namun beransur stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Sehingga kini pelaku serangan asid itu masih belum dijumpai.

Dalam pada itu pemain Harimau Malaya itu menambah, dia memiliki hubungan yang sangat rapat dengan anaknya.

Menerusi sidang media itu, anak kelahiran Pulau Pinang belum dapat mengesahkan sama ada dirinya mampu untuk kembali bermain bola sepak selepas menjadi mangsa simbahan asid itu.

Namun dia mengharapkan semua pihak mendoakannya untuk kembali pulih seperti sebelum ini dan kembali ke padang.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 214 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 188 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025