PROLINTAS sahkan kakitangan ditahan SPRM

  • Kes
  • June 26, 2024

KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengesahkan penahanan reman beberapa kakitangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

PROLINTAS dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan dalam membantu siasatan.

“PROLINTAS menerima maklum bahawa beberapa warga kerja kami telah ditahan reman oleh SPRM.

“Kami akan bekerjasama dan berusaha mengekalkan integriti serta tadbir urus korporat pada tahap tinggi,” katanya pada Selasa.

Semalam, SPRM memaklumkan telah menahan lapan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun 2024.

Manakala, lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun 2024.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 214 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 188 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

  • October 22, 2024
Gamuda peroleh projek infrastruktur terbesar dalam sejarah di Taiwan bernilai RM4.3 bilion

MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

  • October 22, 2024
MYEG, Heitech Padu kerjasama jayakan projek e-kerajaan

HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

  • October 21, 2024
HeiTech Padu raih kontrak NIISe bernilai RM892.19 juta

Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

  • October 21, 2024
Caruman mandatori KWSP pekerja asing tingkat keadilan dalam pasaran buruh

Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Peruntukan STR, SARA dinaikkan RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025

  • October 18, 2024
Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Feb 2025