Tawaran matrikulasi untuk semua 10A SPM dapat kurangkan ketegangan dihadapi KPM – Anwar

KUALA LUMPUR: Pengumuman keputusan kerajaan menawarkan tempat ke program matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A sedikit sebanyak meredakan suhu ketegangan yang terpaksa dihadapi Kementerian Pendidikan (KPM) setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak pengumuman itu dibuat, keputusan terbabit menjadi bualan dan polemik serta menghangatkan suhu politik.

Katanya, ia kerana setiap kali dibicarakan mengenai kuota Bumiputera, ia dijadikan isu yang agak keterlaluan.

“Di satu pihak nak menafikan hak minoriti, di satu pihak pula nak pertikai prinsip Perlembagaan dan jaminan kepada Bumiputera dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar.

“Jadi ketika kita pertahankan prinsip meritokrasi, kita juga pertahankan prinsip keadilan, maknanya sementara meritoktasi dipertahankan, ia tidak seharusnya dijadikan ideologi yang ketat.

“Saya lihat anak orang besar pergi ke sekolah terbaik di dunia, balik menjadi seorang profesional dan intelektual, dia pertahankan golongan elit di atas itu, saudara lihat umpamanya, mereka lebih pintar menulis. Jadi siapa yang akan wakili rakyat yang tersisih, terbiar dan terpinggir ini,” katanya.

Justeru, beliau sekali lagi menegaskan, walaupun keputusan memberikan pengiktirafan kepada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, kerajaan pada masa sama tegas mempertahankan kouta Bumiputera.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Semalam, kerajaan memberi jaminan semua calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu.

Anwar berkata, perkara ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Saya percaya perkara ini akan dijelaskan dengan lebih teliti oleh Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan) dan akan cerakinkan secara lebih jelas,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN