Rasuah PROLINTAS: SPRM bebas 3 kakitangan, tahan dua subkontraktor

  • Kes
  • July 3, 2024

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan tiga kakitangan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang ditahannya minggu lalu berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak lebuh raya bernilai RM1.67 bilion.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan pada pagi Selasa berikutan tamat tempoh reman lanjutan lapan hari mereka.

Kesemua mereka ditahan pada 24 Jun lalu, dan direman empat hari sehingga 28 Jun, sebelum SPRM memohon tempoh reman dilanjutkan selama empat hari untuk mereka.

Peguam Farhan Read memberitahu The Edge bahawa ketiga-tiga mereka dibebaskan di Mahkamah Majistret di sini selepas masing-masing membayar RM10,000 daripada jaminan RM110,000.

Baki RM100,000 setiap satu adalah bon tidak bercagar yang perlu dibayar sekiranya mereka gagal mendaftar masuk di ibu pejabat SPRM sebulan sekali.

Ketiga-tiga mereka adalah antara sembilan orang yang ditahan SPRM minggu lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif sebuah firma konsesi, berhubung siasatan itu.

Farhan mewakili Prolintas serta Ketua Pegawai Eksekutif, yang dibebaskan pada Isnin selepas membayar ikat jamin. Lima orang lagi adalah kontraktor luar atau kontraktor masuk, kata Farhan.

Susulan penahanan itu, Prolintas mengeluarkan kenyataan pada Selasa lepas mengesahkan kakitangan mereka dirmean SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes pembinaan.

SPRM pula telah menahan dua subkontraktor – seorang pengerusi dan seorang lagi pengarah syarikat subkontraktor – berhubung dakwaan rasuah salah satu kontrak lebuh raya, bernilai RM1 bilion.

Pengerusi syarikat yang bergelar “Datuk” itu direman sehingga Sabtu ini (6 Julai), manakala pengarahnya akan direman sehingga Khamis (4 Julai). Permohonan reman SPRM terhadap kedua-dua lelaki itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun.

“Kedua-duanya disyaki memberi rasuah sehingga RM200,000 kepada pegawai badan berkanun sebagai pertukaran menerima kerja projek pembinaan lebuh raya yang dilakukan oleh syarikat lain sebelum ini. Mereka juga disyaki memberi rasuah kepada pemegang konsesi lebuh raya untuk tujuan yang sama,” tambah sumber itu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan