Malaysia boleh jadi ‘partner country’ BRICS susulan hubungan baik dengan negara anggota – PM

KUALA LUMPUR: Hubungan baik Malaysia dengan negara anggota BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) yang sedia ada akan membolehkan Malaysia menjadi “partner country” dalam kadar segera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dalam konteks berkenaan, ia akan dikenali sebagai “BRICS new partner country” sebelum Malaysia memuktamadkan penyertaannya.

“Memang benar ada kemungkinan permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS akan mengambil sedikit masa, tetapi dengan hubungan baik dengan negara anggota, ada kemungkinan kita jadi ‘country partner’ atau ‘BRICS partner country model’ atau ‘new partner country.’

“Tetapi dari segi perbincangan dengan Kementerian Luar, MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), dan jemaah menteri, kita rasa memang ada kebijaksanaan dan keperluan untuk kita bersama dalam kerangka BRICS yang baharu ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) berkenaan mekanisme yang akan diambil oleh kerajaan supaya penyertaan dalam BRICS memberi manfaat kepada negara.

Perdana Menteri berkata penyertaan itu tidak bercanggah dengan dasar luar.

Menurut beliau kerajaan mengambil pendekatan sebagai negara bebas, dan adalah penting untuk menjalinkan hubungan dengan semua pihak.

Anwar berkata penilaian awal menunjukkan penyertaan Malaysia dalam BRICS berpotensi memperoleh pelbagai manfaat, khususnya dalam meningkatkan prestasi perdagangan dan eksport serta mengukuhkan daya tahan ekonomi negara.

“Secara kumulatif, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia iaitu hampir sama dengan kekuatan ekonomi negara-negara G7.

“Kekuatan ekonomi negara anggota BRICS sebagai sebuah blok akan membantu meningkatkan perdagangan antarabangsa dalam kalangan negara anggota,” katanya.

Perdana Menteri berkata jumlah populasi yang besar dalam kalangan negara anggota BRICS iaitu seramai 3.21 bilion dan terus meningkat dengan kemasukan Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai seramai 333 juta orang penduduk, membentuk satu pasaran mega merangkumi 3.54 bilion atau hampir 45 peratus penduduk dunia.

“BRICS sememangnya mempunyai potensi besar untuk menjadi kuasa ekonomi dunia dan ini sudah tentu akan membawa kebaikan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang,” katanya.

Pada 18 Jun lalu, Anwar mengesahkan menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China dengan Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

Pada Januari 2024, Iran, Mesir, Ethiopia dan UAE menyertai organisasi itu sebagai ahli baharu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

  • July 29, 2025
YTL Cement, CREAM lancar kilang rawat lebihan konkrit pertama di Malaysia

Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

  • July 29, 2025
Dzulkifli Ahmad Dilantik Pengerusi Baharu The World Brands Foundation

Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN

  • July 26, 2025
Kerjasama NVIDIA-YTL Power jadikan Malaysia hab, pusat kecemerlangan AI di ASEAN