Mayat Nur Farah Kartini Ditemukan, Dipercayai Dibunuh

  • Kes
  • July 16, 2024

KUALA LUMPUR: Kehilangan wanita sejak Rabu lalu (10 Julai) terjawab apabila mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang semalam.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjugn Malim.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Polis Tahan Suspek Penjawat Awam

Polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Fatin Kartini Abdullah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang semalam.

“Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

“Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata suspek yang ditahan adalah anggota dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

Azizi berkata, suspek telah berkhidmat selama lima tahun dalam pasukan PDRM.

Beliau berkata, kes ini yang pada mulanya disiasat oleh Kontinjen Perak di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang, kini diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor.

“Saya sahkan subjek yang melakukan kes ini adalah seorang anggota dari Balai Polis Slim River.

“Dan beliau (subjek) sudah menunjukkan tempat lokasi kejadian (penemuan mayat).

“Apabila disemak tempat berlaku kejadian di negeri Selangor, jadi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka oleh Kontinjen Selangor,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 10, 2024
  • 49 views
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan…

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 39 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

Kronologi Skandal Rasuah Spanco

  • September 12, 2024
Kronologi Skandal Rasuah Spanco

Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

  • September 12, 2024
Widad Rancang Beli Lima Bidang Tanah Perindustrian

Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

  • September 11, 2024
Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

The ART of Deception? – Ernest Wong

  • September 10, 2024
The ART of Deception? – Ernest Wong

Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • September 10, 2024
Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM