Solarvest meterai lima perjanjian tenaga hijau

KUALA LUMPUR: Solarvest Holdings Bhd menandatangani lima Perjanjian Tenaga Hijau Korporat (CGPA) yang berasingan dengan Bursa Malaysia Bhd, Micron Technology, dua pengeluar semikonduktor terkemuka global dan penyedia perkhidmatan pusat data global terkemuka (dirujuk sebagai pengguna korporat) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).

Dalam satu kenyataan, Solarvest berkata perjanjian-perjanjian itu diwujudkan melalui dua usaha sama, iaitu antara Savelite Engineering Sdn Bhd dan TNB Renewables Sdn Bhd dan satu lagi khususnya dengan TNB Renewables.

Di bawah CGPA ini, Solarvest dan rakan kongsi yang juga pengeluar tenaga solar (SPP), akan mengambil alih pemilikan dan tanggungjawab pembangunan untuk dua loji tenaga solar di Lumut, Perak dan Kulim, Kedah.

CGPA yang ditandatangani dengan tempoh 21 tahun, akan memperkukuhkan aliran pendapatan berulang Solarvest daripada jualan elektrik yang dihasilkan dari loji-loji tenaga solar itu, tambahnya.

Sementara itu, Solarvest berkata pengguna korporat secara kolektif akan mengambil kapasiti elektrik gabungan sebanyak 59.98 megawatt arus ulang alik (MWac) yang dihasilkan dari loji tenaga solar selama 21 tahun, dengan kontrak untuk mekanisme berbeza pada harga yang telah dipersetujui.

Dengan menyertai CGPP, pengguna korporat boleh mendapatkan Sijil Tenaga Boleh Baharu (RE) yang mengesahkan asal usul elektrik yang dibeli adalah daripada sumber RE dalam menyokong matlamat dan komitmen kelestarian mereka.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong, berkata CGPP menandakan satu langkah penting ke arah pasaran tenaga yang lebih terbuka dan kompetitif di Malaysia yang dipacu oleh prinsip permintaan dan penawaran.

CGPP merupakan komitmen kerajaan Malaysia untuk memajukan peralihan tenaga negara.

Melalui model CGPA, CGPP menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan tenaga elektrik boleh baharu secara maya, tanpa perlu memasang aset-aset fotovoltaik solar di premis mereka. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

KUALA LUMPUR: Symphony Life Berhad (“SymLife”), mengumumkan pelantikan Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 26 Mac 2025. Pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan warisan lebih enam dekat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan