Anak syarikat Straits Energy akan disenarai di Bursa Saham New York

KUALA LUMPUR: Straits Energy Resources Bhd berhasrat menyenaraikan anak syarikat dengan kepentingan 76.68%, TMD Energy Ltd (TMDEL) di Bursa Saham New York (NYSE), Amerika Syarikat (AS) menjelang suku keempat 2024.

Syarikat itu sebelum ini merancang menyenaraikan segmen perkhidmatan berkaitan pengisian bahan api dan perkapalan di pasaran Nasdaq AS.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Straits Energy berkata daripada meneruskan hasrat penyenaraian di Nasdaq, syarikat sebaliknya beralih kepada usaha menyenaraikan anak syarikatnya di NYSE.

“Berdasarkan harga terbitan awal AS$3.25 hingga AS$3.75 sesaham, cadangan tawaran awam permulaan (IPO) dijangka mengumpul hasil kasar AS$5.69 juta hingga AS$15 juta.

“Tanpa mengambil kira keadaan luar jangka dan tertakluk kepada memperoleh semua kelulusan ditetapkan, Lembaga Pengarah menjangkakan cadangan penyenaraian anak syarikat itu dapat dimuktamadkan menjelang suku keempat 2024,” katanya.

Menurut Straits Energy, TMDEL berhasrat memanfaatkan hasil sehingga RM50.93 juta bagi tujuan pengembangan segmen pengisian bahan api yang mungkin merangkumi namun tidak terhad kepada pembelian minyak kargo.

“Kumpulan bercadang memperuntukkan sehingga kira-kira RM19.16 juta diperoleh daripada cadangan IPO untuk membiayai perbelanjaan penyenaraiannya.

“Langkah penyenaraian anak syarikat ini akan membolehkan pengurusan Straits Group secara cekap memperuntuk sumbernya bagi tujuan mempercepat pengembangan perniagaan segmen pengisian bahan api serta perkhidmatan berkaitan perkapalan,” katanya.

Penyenaraian berkenaan juga membolehkan Straits Energy memanfaatkan potensi nilai pelaburannya dalam kedua-dua segmen perniagaan itu melalui pelaksanaan cadangan tawaran saham IPO yang akan turut meningkatkan nilai bagi pemegang saham. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

BENGALURU: Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, menurut laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan. Saham syarikat itu jatuh…

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR: Airbus yang menfokuskan kepada kelestarian menawarkan peluang yang penting untuk Malaysia menyumbang kepada masa depan penerbangan hijau apabila pengeluar pesawat itu bersedia untuk mengembangkan operasi dan sumber di…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan