Ringgit cecah 4.415 berbanding dolar AS, tertinggi sejak 11 April 2023

KUALA LUMPUR: Ringgit yang melepasi harga penutupan terbaik dalam tempoh 16 bulan semalam terus mengukuh apabila mata wang tempatan itu meningkat sedikit kepada 4.4150/4250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 8 pagi ini.

Ini mengekalkan momentum semalam yang menyaksikan ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS pada jam 6 petang 14 Ogos 2024 daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.

Pengukuhan ini apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dilihat berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah pada September 2024.

Berdasarkan laporan Bernama, kadar penutupan tertinggi bagi ringgit sebelum ini ialah 4.4160/4210 yang direkodkan pada 11 April 2023.

Sementara itu, memetik seorang penganalisis, ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pagi ini menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 Malaysia esok.

Beberapa firma penyelidikan sebelum ini termasuk Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan prestasi KDNK 2Q24 yang lebih baik berbanding unjuran awal 5.8% oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pada pembukaan hari ini, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9969/3.0041 daripada 3.0027/3.0073 ketika ditutup semalam, dan lebih stabil berbanding pound British kepada 5.6618/5.6746 daripada 5.6754/5.6838.

Mata wang tempatan juga naik berbanding euro kepada 4.8618/4.8728 daripada 4.8684/4.8756.

Namun, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3526/3.3604 daripada 3.3582/3.3634 pada penutupan Rabu, dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.5744/12.6097 daripada 12.6351/12.6578.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jangkaan yang semakin meningkat terhadap pengurangan kadar faedah AS juga menyokong ringgit.

Beliau berkata trend disinflasi kekal jelas di AS, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai menunjukkan penurunan kepada 2.9 peratus, berbanding jangkaan konsensus pada 3.0 peratus.

“Justeru, keadaan sudah selamat untuk Rizab Persekutuan AS memulakan langkah pelonggaran monetarinya bulan depan.

“Peralihan penekanan daripada usaha mengekang inflasi kepada mengekalkan pertumbuhan akan menjadi naratif utama selepas ini,” katanya kepada Bernama.

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • September 5, 2024
  • 70 views
Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia agak rendah sedikit pada tengah hari, terjejas disebabkan penjualan saham-saham YTL. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.40 mata kepada 1,668.84…

Ringgit Diunjur Bergerak Ke RM4.30 Sedolar AS Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerikat Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, berikutan jangkaan yang tinggi terhadap langkah pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan