Isu 3R: Istana Pahang Lapor Polis Terhadap Muhyiddin

  • News
  • August 19, 2024

KUALA LUMPUR: Istana Pahang membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang Amir Syaffiq Hamzah, membuat laporan itu di IPD Kuantan pada malam tadi, lapor Harian Metro.

Menurut Amir, kenyataan Muhyiddin adalah bersifat sinis serta memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong Ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri.

“Sedangkan jelas baginda membuat pelantikan Perdana Menteri dengan sangat teliti mengikut perlembagaan.

“Kenyataan yang Muhyiddin keluarkan ini adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu serta memecah-belahkan rakyat.

“Ia juga bersifat fitnah dan menghasut serta jelas menyentuh isu 3R,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin juga jelas menjejaskan nama baik Al-Sultan Abdullah serta Istana Pahang sendiri.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 42 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 44 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat