Kerajaan Ikrar Tiada Lagi Kawasan Baharu Tanaman Sawit Dalam Hutan

  • News
  • August 19, 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia berikrar tiada lagi ladang kelapa sawit baharu di kawasan hutan bagi menyokong agenda kemampanan dan mengekalkan liputan hutan semasanya sebanyak 54%.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kilang sawit tidak dibenarkan untuk menerima buah sawit dari kawasan hutan ditebang.

“Kilang yang menerima buah sawit sebegini tidak dibernarkan untuk mengeksport atau menjual produk mereka.

“Saya fikir kita sudah cukup (kawasan) kelapa sawit.

“Kami mahu mengekalkan liputan hutan kami pada 54% bagi meningkatkan perlindungan biodiversiti termasuk melindungi orang utan,” kata beliau semasa acara Hari Orang Utan Sedunia 2024 di Sandakan pada Ahad, lapor Bernama.

Beliau berkata dasar itu telah dimaklumkan kepada pemain industri melalui pelbagai penglibatan yang dilaksanakan sebelum ini.

Selain itu, Johari turut menekankan keperluan Malaysia memastikan semua eksport minyak sawit memenuhi piawaian kemampanan bagi membuktikan komitmen negara.

Beliau juga berkata Sabah sahaja mempunyai 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit, namun dalam lanskap pasaran minyak masak dunia yang begitu sengit, industri sawit berdepan dengan kritikan dan propaganda negatif daripada beberapa negara Barat berkaitan dengan kelestariannya, katanya.

“Kerajaan komited menangani tuntutan palsu ini, kami mewajibkan semua pengeluar termasuk ladang dan pekebun kecil mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” ujarnya.

Dengan lebih 80% pengeluaran minyak sawit Malaysia untuk tujuan eksport, pensijilan adalah penting bagi memastikan kemampanan dan kualiti produk.

Sementara itu, Johari juga menekankan sektor minyak sawit memberi sumbangan ketara kepada ekonomi Malaysia, mewakili 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), menjana lebih RM100 bilion hasil eksport dan menyediakan kira-kira satu juta pekerjaan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 72 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 61 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH