MAHA 2024 Berhadapan Ketidaktentuan, Terpalit Skandal?

  • News
  • August 23, 2024

KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang sepatutnya menjadi acara gilang gemilang sempena 100 tahun kini berhadapan dakwaan skandal berpuluh juta dan ketidaktentuan berikutan pengurusan yang lemah.

Pameran yang akan bermula 11 September nanti masih belum menampakkan persediaan yang wajar dan ini menimbulkan kebimbangan ada yang tidak kena dengan pengurusan MAHA 2024 ini.

Menurut sumber, setakat ini tiada satu pun tender dikeluarkan bagi perbelanjaan yang bernilai jutaan ringgit dan ia menimbulkan persoalan sama ada terdapat kartel dalam menguruskan kontraktor perkhidmatan pemasangan dan pembekalan.

“Dalam tempoh 19 hari sebelum pelancaran kebanyakan persiapan MAHA 2024 masih belum berjalan dan tiada sebarang tender secara sah untuk mendapat kontraktor dikeluarkan oleh pihak sekretariat penganjuran MAHA 2024 walaupun peruntukan yang disediakan dikatakan mencecah RM25 juta dan mungkin meningkat sehingga RM51 juta.

“Kami yang biasa dengan penganjuran ini merasa bimbang segala kelewatan ini bertujuan menghalalkan pelantikan kontraktor tanpa melalui prosedur kewangan yang sepatutnya,” tegas sumber terbabit kepada SUARATV dengan syarat mengekalkan ketanpanamaannya (anonymous).

Menurut beliau lagi, masalah ini berpunca daripada tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menubuhkan sebuah Sekretariat MAHA 2024 yang dianggotai oleh pihak Kementerian dan bekas pegawai kanan kerajaan tanpa melibatkan MardiCorp yang merupakan pelaksana rasmi program ini.

Menghantar beberapa keping foto, sumber ini mendakwa semalam pihak MardiCorp telah menghalang kontraktor ‘hantu’ dari memasang khemah besar (marquee tent) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kerana tidak mempunyai sebarang surat pelantikan.

Menurutnya, Mardicorp tidak membenarkan pemasangan tersebut kerana tiada sebarang surat pelantikan kontraktor dikeluarkan oleh pihak MardiCorp mahupun Sekretariat MAHA 2024.

“MardiCorp enggan membenarkannya kerana khuatir pemasangan tanpa sebarang tender dengan nilai jutaan ringgit boleh menyebabkan mereka disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, SUARATV belum mendapat maklum balas rasmi dari MardiCorp mahu pun pihak Kementerian.

SuaraTV difahamkan sehingga hari ini tidak ada sebarang proses tender atau sebut harga dikeluarkan lagi oleh mana mana agensi atau Kementerian untuk melantik kontraktor khemah dan lain-lain pelaksana projek berksala besar bagi MAHA kali ini.

Lebih mengejutkan, peruntukan MAHA 2024 telah meningkat berkali ganda berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini MardiCorp mendapat peruntukan sekitar RM9 juta bagi penganjuran MAHA, kali ini di bawah Sekretariat baharu untuk sambutan ke 100 tahun dikatakan ia telah ditingkatkan sehingga RM25 juta.

Terdapat juga dakwaan peruntukan ini mungkin meningkat sehingga RM51 juta sekiranya mengambil kira bajet pembanggunan dalaman MAEPS bernilai RM11 juta dan permintaan tambahan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada Kementerian Kewangan.

Bermula pada tahun 1923, MAHA telah menjadi pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara. Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Malangnya pada ulang tahun ke 100, MAHA mungkin berhadapan satu situasi yang memalukan dan memerlukan penyiasatan rapi SPRM. – SUARATV

Coelho

Related Posts

  • News
  • September 18, 2024
  • 18 views
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) membabitkan aset bernilai lebih RM581,000. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

  • News
  • September 18, 2024
  • 25 views
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Tan Sri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan