BFood Alami Kerugian Akibat Boikot Berterusan

KUALA LUMPUR: Berjaya Food Bhd (BFood) dijangka menyaksikan penguncupan hasil pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap daripada kesan boikot yang berpanjangan dan peningkatan persaingan daripada rangkaian kopi sedia ada dan baharu, demikian menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikan, CIMB Securities menekankan bahawa ramalan ini kekal walaupun BFood merancang untuk membuka kedai baharu di Malaysia dan pasaran Nordic tahun depan.

Firma itu menyatakan bahawa BFood menutup tiga cawangan Starbucks secara kekal dan menggantung sementara operasi di 25 kedai berprestasi rendah pada suku keempat tahun kewangan 2024 disebabkan boikot yang berterusan.

Penutupan ini menyumbang kepada penurunan pendapatan suku ke suku 5.8 peratus, mengurangkannya kepada RM130 juta pada suku keempat tahun kewangan 2024.

“Bagi tahun kewangan 2024, hasil turun sebanyak 34.6 peratus kepada RM730.3 juta, terutamanya disebabkan oleh jualan yang lebih rendah berikutan permulaan boikot pada suku kedua tahun kewangan dikaji,” katanya.

Sehingga suku keempat tahun kewangan 2024, BFood mengendalikan 408 cawangan Starbucks dan 60 cawangan Kenny Rogers Roasters di Malaysia.

Bagaimanapun, CIMB Securities menyatakan pengurangan kerugian bersih teras BFood kepada RM100,000 pada suku keempat tahun kewangan 2024 daripada RM31.1 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, selepas tidak termasuk item luar biasa berjumlah RM38.1 juta.

Peningkatan ini disebabkan oleh margin keuntungan yang lebih baik berikutan penutupan kedai Starbucks yang tidak berprestasi.

“Ini menjadikan kerugian bersih teras tahun kewangan 2024 kepada RM38.5 juta, mengatasi ramalan kami dan anggaran konsensus masing-masing sebanyak RM64 juta dan RM62 juta,” tambah CIMB Securities.

CIMB Securities telah menyemak semula anggaran kerugian bersih teras tahun kewangan 2025 turun sebanyak 34 peratus kepada RM17 juta dan meningkatkan anggaran keuntungan bersih teras tahun kewangan 2026 sebanyak 24 peratus kepada RM19 juta, mencerminkan andaian margin keuntungan yang lebih tinggi.

Di sebalik pelarasan ini, CIMB Securities mengekalkan saranan ‘jual’ dan menaikkan harga sasarannya kepada 38 sen.

Dalam analisis berasingan, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menyatakan bahawa pemulihan jualan BFood dijangka mengambil masa, terutamanya memandangkan konflik Israel-Palestin yang berterusan.

HLIB menegaskan bahawa kumpulan itu telah menghentikan pengembangan perniagaan, menyebabkan tiada pembukaan kedai baharu untuk suku terbabit.

“Tahun kewangan 2024 mencatatkan sejumlah 408 kedai Starbucks, dengan tiga ditutup kekal pada suku terbabit. Kumpulan juga menutup sementara 25 kedai tidak aktif.

“Untuk mengurangkan keadaan pasaran yang mencabar, kumpulan memberi tumpuan kepada pengoptimuman kos, produktiviti buruh dan strategi pemasaran yang berkesan,” katanya.

HLIB menyemak semula ramalan tahun kewangan 2025 dan tahun kewangan 2026 masing-masing turun sebanyak 35 peratus dan tujuh peratus, selain mengekalkan saranan ‘jual dengan harga sasaran yang lebih rendah sebanyak 20 sen. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

KUALA LUMPUR (3 Okt): Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB) — syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd (60%) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (40%) — telah memeterai perjanjian…

Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR (1 Okt): Systech Bhd telah melantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2025, dalam usaha memperkukuh hala tuju strategik kumpulan penyedia rumusan teknologi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah