Boustead Heavy Industries Untung Lima Kali Ganda Kepada RM25.2 juta

KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) kembali untung selepas mencatatkan hasil dan keuntungan yang lebih tinggi pada suku berakhir 30 Jun 2024 untuk tahun kewangan 2024, berbanding suku yang sama pada tahun kewangan 2023.

Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM25.2 juta pada suku dikaji, menandakan peningkatan kira-kira lima kali ganda daripada RM5.1 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Peningkatan ini sebahagian besarnya didorong oleh aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kapal selam, kecekapan operasi, dan pengurangan kos pembayaran hutang.

Ini dicapai dengan hasil sebanyak RM101 juta, mewakili lebih daripada peningkatan tiga kali ganda atau RM68.3 juta berbanding RM32.8 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHIC, Feroz Razi Ramli, berkata prestasi suku kedua yang memberangsangkan kumpulan dicapai berdasarkan latar belakang operasi syarikat yang memenuhi pencapaian projek dianugerahkan dan pelaksanaan langkah pengoptimuman kos.

“Dengan dana pemegang saham, aliran tunai, nisbah penggearan dan aset bersih sesaham dalam kedudukan yang lebih sihat, kami bersedia untuk mengejar peluang baharu dan memulakan inisiatif penciptaan nilai untuk meningkatkan daya saing kami dan menyampaikan nilai yang mampan kepada pemegang saham,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai prospek kumpulan, Feroz berkata pemberian kontrak oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk penyediaan sokongan dalam perkhidmatan interim (ISS) kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ISS untuk helikopter EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada tahun kewangan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boustead Holdings Bhd, Izaddeen Daud, berkata komitmen pihak kerajaan untuk melindungi pertahanan dan keselamatan negara sejajar dengan prospek kumpulan untuk mendapatkan projek berkaitan pertahanan masa depan dan memanfaatkan kedudukannya sebagai salah satu kontraktor pertahanan terkemuka di Malaysia.

“Penganugerahan kontrak RM378 juta baru-baru ini oleh MINDEF kepada BHIC AeroServices Sdn Bhd, sebuah syarikat JV BHIC, untuk menyediakan ISS kepada helikopter EC725 TUDM dan pembaharuan kontrak kerajaan lain yang bernilai tinggi menekankan kepercayaan terhadap kumpulan untuk menyampaikan projek strategik tepat pada masanya, pada kos dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Coelho

Related Posts

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

BENGALURU: Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, menurut laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan. Saham syarikat itu jatuh…

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR: Airbus yang menfokuskan kepada kelestarian menawarkan peluang yang penting untuk Malaysia menyumbang kepada masa depan penerbangan hijau apabila pengeluar pesawat itu bersedia untuk mengembangkan operasi dan sumber di…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan