Capital A alami kerugian besar RM454.18 juta pada suku kedua

KUALA LUMPUR: Capital A Bhd mencatatkan kerugian bersih RM454.18 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM646.28 juta yang disaksikan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, pendapatan bagi suku kedua adalah lebih tinggi pada RM4.86 bilion daripada RM3.15 bilion disebabkan oleh pemulihan kukuh dalam permintaan perjalanan domestik serta antarabangsa, kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pada suku kedua, 87% daripada pendapatan kumpulan itu dikaitkan dengan segmen penerbangan manakala perniagaan logistik, digital dan lain-lain menyumbang baki 13%,” katanya.

Capital A melalui satu kenyataan berasingan berkata secara kolektif, ia mencapai keuntungan operasi bersih sebanyak RM52 juta, tetapi menyaksikan kerugian bersih RM542.5 juta yang disebabkan oleh kerugian pertukaran asing tidak direalisasikan berjumlah RM403.9 juta selain lebih RM175 juta dalam kos kewangan dan susut nilai yang berkaitan dengan kos pesawat yang tidak beroperasi.

“Bagaimanapun, tunai bersih kumpulan dari tahun sehingga kini daripada operasi meningkat dua kali ganda dari tahun ke tahun kepada RM2.1 bilion,” katanya.

Kumpulan itu terdiri daripada kumpulan penerbangan dan syarikat Capital A seperti Capital A Aviation Services, Teleport , MOVE Digital dan Capital A International.

Sementara itu, makluman kepada bursa menunjukkan bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2024 (tahun kewangan 2024), kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM545.73 juta berbanding keuntungan bersih RM703.37 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Capital A, bagaimanapun berjaya, mengumpul hasil RM10.10 bilion untuk enam bulan pertama tahun kewangan 2024, berbanding RM5.68 bilion sebelumnya.

Kumpulan itu ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan separuh pertama 2024 menandakan tempoh transformasi yang ketara untuk Capital A.

“Dengan pelan pelaksanaan korporat berjalan lancar dan memperoleh daya tarikan pasaran yang positif, Capital A dirangsangkan oleh keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap hala tuju strategik kami.

“Lembaga tetap optimis tentang prospek syarikat bagi 2024 dan komited untuk menyampaikan prestasi kewangan yang teguh,” tambahnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

BENGALURU: Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, menurut laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan. Saham syarikat itu jatuh…

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

KUALA LUMPUR: Airbus yang menfokuskan kepada kelestarian menawarkan peluang yang penting untuk Malaysia menyumbang kepada masa depan penerbangan hijau apabila pengeluar pesawat itu bersedia untuk mengembangkan operasi dan sumber di…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan