JAKIM Sahkan Lima Restoran Terkenal Tiada Sijil Halal

  • News
  • September 3, 2024

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil menjelaskan bahawa lima restoran terkenal didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim.

Jakim menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasmi jabatan itu hari ini menjelaskan, lima restoran itu adalah Johnny’s Restaurant; Black Canyon; Dolly Dim Sum; Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.

Bagaimanapun, jelasnya, semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati, empat outlet premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best mempunyai SPHM yang masih sah.

“Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan,” demikian menurut kenyataan itu.

Terdahulu, status halal beberapa restoran popular menjadi perbincangan hangat warga maya ekoran surat Jakim yang tular di media sosial yang turut memasukkan jenama restoran Ayam Penyet Best antara premis yang tidak mempunyai sijil halal.

Dalam pada itu, Jakim menambah, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.

“Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui:-https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 17, 2025
  • 31 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

  • News
  • April 17, 2025
  • 69 views
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

SEPANG: Presiden China Xi Jinping hari ini berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia. Pesawat Air China yang membawa Xi dan delegasinya berlepas dari Lapangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap