Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

  • Kes
  • September 5, 2024

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet selepas mendengar dan meneliti hujah permohonan dikemukakan peguam diketuai Jacky Loi Yap Loong yang mewakili tertuduh, Nazri Abdul Razak, 45, serta hujahan balas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Hakim ketika membuat keputusan itu berkata, tiada alasan luar biasa untuk membenarkan permohonan jaminan itu.

Menurutnya, berdasarkan daripada naratif, terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa adanya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan bertugas di IPK Kedah itu sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Afzainizam yang ditemui selepas prosiding berkata, terdapat dua alasan dipertimbangkan mahkamah untuk menolak permohonan iaitu keadaan isteri tertuduh yang didakwa pihak pembelaan sebagai ‘terancam’, selain faktor keselamatan tertuduh sewaktu ‘bercampur’ dengan banduan lain semasa transit di penjara.

Pasukan pendakwaan terdiri Afzainizam, Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Low Qin Hui, manakala pihak pembelaan diwakili Jacky Loi, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M Kuhan.

Turut hadir peguam pemerhati keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Sebelum ini, Bhupindar menetapkan perbicaraan kes itu akan berlangsung 30 hari bermula 4 Nov hingga 17 Jan depan.

Nazri didakwa atas pertuduhan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari pada 15 Dis.

Coelho

Related Posts

FashionValet: “Dumb, Dumber And Dumbest”

Artikel asal ditulis oleh: The2Bros Pelbagai agensi dan pihak berkuasa undang-undang kini sibuk mahu menyiasat semua individu “dumb” yang terlibat dalam kekecohan FashionValet. SPRM telah memanggil pasangan terkenal di media…

FashionValet: Dumb, Dumber And Dumbest

Article By: The2Bros The various agencies and legal authorities are up in arms wanting to investigate all the Dumb people associated with the FashionValet fiasco. MACC has summoned the Social…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN