Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

  • News
  • September 5, 2024

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd di ibu negara semalam sebagai sebahagian siasatan terhadap projek bernilai RM4 bilion 1BestariNet yang sudah dihentikan.

Kontrak YTL dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang jelas memberi kerugian besar dalam perbelanjaan yang tidak berpatutan untuk projek substandard rakyat menyebabkan kesusahan di pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu.

Namun, secara tidak langsung juga telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan.

Memonopoli perbekalan rangkaian internet berkelajuan rendah (30Mbps) ini kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran merugikan rakyat.

Menurut sumber, pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai dikatakan mempunyai ‘kabel’ yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya.

1Bestarinet berjaya melepasi tapisan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 dan kekal menjadi pembekal rangkaian internet dengan harga yang terlalu tinggi kepada Kementerian Pelajaran, walaupun perkhidmatan perisian e-Pembelajaran tersebut sudah agak ketinggalan zaman.

Umum mengetahui pada asalnya projek ini di bawa oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan menantunya Adlan Berhan.

Pelaksanaan 5 tahun pertama sangat teruk. Kontrak pertama ditandatangani pada 7 Mei 2012. Projek itu lewat serah sehingga tempoh siap melanggar klausa 32.3 kontrak sepatutnya kontrak batal dan rampas bon serta tiada denda lewat.

Analisis dibuat hakikatnya sangat mengejutkan! Harga yang dikenakan adalah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberi.

Ia semakin menjadi jelas selepas inventori produk akhir diaudit. Adalah sangat tidak logik jika difikirkan bagaimana persetujuan boleh dicapai dengan harga yang setinggi itu.

Projek itu kemudian berlanjutan ke fasa kedua yang mana kontrak itu meliputi tempoh antara Jun 2016 hingga Jun 2019.

Ia bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan Internet untuk pengguna akhir pada kadar caj sebanyak RM130 sebulan bagi setiap Mbps kepada makmal komputer di sekolah-sekolah.

Ini bermakna bahawa pada 6Mbps, setiap sekolah akan dicaj RM782 sebulan, untuk 10Mbps pula setiap sekolah dikenakan caj RM1,304 dan untuk 15Mbps sebanyak RM1,955.

Penetapan harga yang terlalu tinggi ini membolehkan YTL mengaut keuntungan mudah sebanyak RM300 juta setahun, hanya dengan membekalkan perkhidmatan talian internet pada tahap sekadarnya kepada makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara.

Pada tahun 2019, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.

Kemudian, Maszlee mendakwa bahawa Muhyiddin telah mendesak Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, agar beliau (Maszlee) meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkaitan dengan kontrak YTL Communications.

Maszlee berkata bahawa beliau diminta untuk bertemu Mahathir sebanyak lima kali berhubung perkara tersebut, dan dua orang dalam kepimpinan tertinggi kementerian pendidikan turut serta menjelaskan mengapa mereka memilih untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.

Maszlee juga menyatakan bahawa keputusan untuk tidak menyambung kontrak YTL adalah berdasarkan beberapa kajian mendalam yang dijalankan oleh badan bebas dan profesional yang mempunyai autoriti dalam perkara tersebut, termasuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Berikut adalah kronologi isu berkaitan 1BestariNet ini :

2011 – Permulaan

  • Kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara ini dan melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.
  • Kementerian Pendidikan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu.

2012 – Pelaksanaan

  • 1BestariNet memulakan fasa pertamanya, dengan matlamat menghubungkan sekolah ke internet dan platform Frog VLE.

2013 – Masalah

  • Isu Awal: sekolah mula melaporkan masalah dengan kelajuan internet dan sambungan. Banyak sekolah luar bandar tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan itu susulan infrastruktur dan liputan lemah.
  • Laporan Ketua Audit Negara menyuarakan kebimbangan terhadap projek itu, mengetengahkan ketidakcekapan dan kegagalan mencapai objektif ditetapkan.

2014-2015 – Kritikan

  • Penelitian Parlimen: Projek ini mendapat perhatian serius Ahli Parlimen dan orang ramai mempersoalkan keberkesanannya dan kos yang tinggi.
  • Audit Lanjutan: Audit tambahan mendedahkan banyak sekolah masih belum disambungkan dan penggunaan Frog VLE berada di bawah paras jangkaan.

2019 – Penamatan Frog VLE

  • Frog VLE Dihentikan: KPM menghentikan penggunaan Frog VLE di sekolah, menggantikannya dengan Google Classroom dan alternatif lain.
  • YTL mendakwa kerajaan melanggar obligasi kontraktual susulan penamatan 1BestariNet dan Frog VLE.
  • Kerajaan bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

2020 – Tiada sambungan

  • KPM bertegas tidak mahu meneruskan kontrak 1BestariNet dengan YES 4G.

2024 – Pendedahan SPRM

  • SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan pembayaran untuk tender perkhidmatan 1BestariNet.
  • SPRM serbu pejabat kerajaan dan YES 4G pada 4 September.

Coelho

Related Posts

  • News
  • September 18, 2024
  • 18 views
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) membabitkan aset bernilai lebih RM581,000. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

  • News
  • September 18, 2024
  • 25 views
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Tan Sri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan