Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

  • News
  • September 6, 2024

KUALA LUMPUR: “Wallahi, satu sen pun saya tak ambil.” – Demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas namanya dikaitkan dengan siasatan terhadap projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dilapor menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek yang bermula pada 2011.

Projek itu bermula semasa Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan yang mana Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Muhyiddin berkata, beliau mengalu-alukan siasatan SPRM dijalankan kerana yakin tidak terbabit dalam projek kontroversi itu.

“Dulu dah pernah siasat dan dah pernah dibangkitkan, tapi senyap begitu sahaja. Sekarang timbul balik, apa sebab SPRM nak siasat, saya pun tak tahu.

“Saya tidak terlibat langsung dalam sangkaan buruk itu, kerana sebab ia berlaku sewaktu saya menjadi Menteri Pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri kenduri rakyat di Kampung Bentong Luar, Kluang, Johor, lapor BH pada Jumaat. 

Menurut Muhyiddin lagi, ketika itu projek terbabit dicadangkan untuk tender terbuka serta dilakukan secara tender terbuka antarabangsa.

Keputusan itu, katanya dibuat oleh Najib (selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan) namun tidak membabitkan beliau.

“Dia (Najib) yang pilih, jadi kenapa ada yang membabitkan saya… kontrak pun saya tak tengok dan apa-apa peruntukan projek itu disediakan oleh Menteri Kewangan.

“Ini ada pula cerita baharu berkenaan soal tuntutan palsu, saya pun tak tahu. Ini pun saya tahu selepas baca surat khabar,” katanya.

Terdahulu, SPRM dilapor menyita sejumlah dokumen berkaitan projek dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Pada 2019, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.

Dua tahun kemudian, Maszlee mendakwa Muhyiddin mendesak perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, agar beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkaitan dengan kontrak YTL Communications.

Coelho

Related Posts

  • News
  • September 18, 2024
  • 18 views
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) membabitkan aset bernilai lebih RM581,000. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

  • News
  • September 18, 2024
  • 25 views
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Tan Sri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

  • September 18, 2024
Dua Anak Tun M Sudah Isytihar Harta Kepada SPRM

Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

  • September 18, 2024
Ahli GISB Holding Mengaku Tak Salah Ugut Wanita

YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’ Pada 1 Dan 2 Oktober Depan

  • September 13, 2024
YAPIEM Anjur ‘Forum Serantau YAPEIM 2024’  Pada 1 Dan 2 Oktober Depan