‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

  • Kes
  • September 10, 2024

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di akaun Tiktok miliknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Tertuduh yang berusia 24 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor, lapor BH.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya antara jam 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini, di dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang.

Bagi kesalahan ini, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat sama.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pada prosiding itu, dia kelihatan tunduk sambil menitiskan air mata dari kandang tertuduh.

Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Abdul Ghafar Ab Latif mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Hujahnya, kes ini mendapat perhatian seluruh negara hingga memberikan pelbagai gambaran serta gesaan supaya tindakan diambil terhadap tertuduh.

Tambahnya, memandangkan salah seorang mangsa juga adalah anak saudaranya, pihaknya memohon syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa serta kakak dan ibunya yang juga saksi pendakwaan.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.

Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Sebelum ini tular di TikTok, seorang pemandu bas sekolah menggelar penumpang bas dipercayai murid sekolah rendah yang juga penumpangnya sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Berdasarkan video yang dimuat naik pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai hantaran yang tular di media sosial itu.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • September 5, 2024
  • 50 views
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan jaminan pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang mangsa, Disember tahun lalu. Keputusan dibuat Hakim…

  • Kes
  • August 30, 2024
  • 74 views
Bekas Pegawai Kanan Mara Mengaku Tak Salah Terima Rasuah RM45,000

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM45,000, lapan tahun lalu. Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

“Counter setting”: Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja – KP Imigresen

  • September 19, 2024
“Counter setting”: Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja – KP Imigresen

SCIB Beli Tanah Di Bintulu Bernilai RM9.23 Juta Untuk Bangunkan Projek Perumahan

  • September 19, 2024
SCIB Beli Tanah Di Bintulu Bernilai RM9.23 Juta Untuk Bangunkan Projek Perumahan

Boost Bank Perkenal Dua Perkhidmatan Pembiayaan PKS Bermula Dari RM50,000

  • September 19, 2024
Boost Bank Perkenal Dua Perkhidmatan Pembiayaan PKS Bermula Dari RM50,000

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan