Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia

  • News
  • September 10, 2024

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK).

Kematiannya pada usia 74 tahun disahkan oleh abangnya, Raja Idris, pagi tadi, menurut portal FMT.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 September 1950.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia.

Raja Petra yang menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu, terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.

Raja Petra dilahirkan pada 27 September 1950 adalah ahli kerabat diraja Selangor dan juga anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.

Raja Petra pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan 2008.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Marina Lee menerusi kenyataan di Facebook Malaysia Today mengesahkan kematian suaminya disebabkan oleh jangkitan dalam darah yang merebak ke paru-paru dan kemudiannya ke hati.

Coelho

Related Posts

  • News
  • September 19, 2024
  • 10 views
“Counter setting”: Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja – KP Imigresen

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan…

  • News
  • September 18, 2024
  • 20 views
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) membabitkan aset bernilai lebih RM581,000. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

“Counter setting”: Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja – KP Imigresen

  • September 19, 2024
“Counter setting”: Imigresen teliti, laksana reformasi proses kerja – KP Imigresen

SCIB Beli Tanah Di Bintulu Bernilai RM9.23 Juta Untuk Bangunkan Projek Perumahan

  • September 19, 2024
SCIB Beli Tanah Di Bintulu Bernilai RM9.23 Juta Untuk Bangunkan Projek Perumahan

Boost Bank Perkenal Dua Perkhidmatan Pembiayaan PKS Bermula Dari RM50,000

  • September 19, 2024
Boost Bank Perkenal Dua Perkhidmatan Pembiayaan PKS Bermula Dari RM50,000

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

  • September 18, 2024
Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • September 18, 2024
Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan

  • September 18, 2024
Pengembangan Airbus Di Malaysia Buka Peluang Kepada Syarikat Tempatan