Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU: Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) dengan kerjasama TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) mewujudkan ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang dijangka menjana sehingga 2,000 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata dalam tempoh enam bulan akan datang, sebanyak 400 MW tenaga elektrik akan dihasilkan dengan kos RM2 bilion, dan semua itu bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan baharu negeri.

“Usaha ini selari dengan matlamat kerajaan negeri bagi menjana 1,000 MW tenaga daripada solar dalam tempoh lima tahun akan datang yang akan meningkatkan kapasiti penjanaan melebihi 30 peratus menjelang 2025.

“Terengganu Inc juga menjayakan agenda nasional dengan menggalakkan semua subsidiari menjana tenaga solar menerusi pemasangan panel di premis perniagaan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena Program Latihan Korporat Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Terengganu Inc, di Kuala Terengganu, malam tadi.

Beliau yang juga pengerusi syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri itu berkata, Terengganu Inc telah merekodkan peningkatan jumlah hasil dengan RM558 juta kepada RM1.5 bilion pada tahun lalu daripada RM964 juta pada 2018.

Ahmad Samsuri berkata, Terengganu Inc mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM43 juta pada 2018 namun kembali mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM78 juta pada 2021, RM76 juta pada 2022 dan RM46 juta pada 2023.

“Bagi tahun ini, kumpulan menyasarkan pendapatan RM1.8 bilion atau 24 peratus melebihi pendapatan tahun lepas. Keuntungan sebelum cukai dianggarkan mencecah RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata, dalam melangkah ke hadapan, Terengganu Inc telah dan akan mengambil beberapa langkah signifikan untuk memastikan keuntungan yang berterusan antaranya mengurangkan kebergantungan kepada tanaman kelapa sawit dengan tidak menambah kawasan tanaman baharu.

Terengganu Inc akan memperkenalkan langkah penambahbaikan dalam operasi dan peningkatan kecekapan di ladang sedia ada, katanya.

“Selain potensi beberapa projek tenaga boleh baharu, projek penghasilan tenaga solar juga sedang diusahakan termasuk untuk pasaran tenaga ke luar negara di bawah program Penjualan Elektrik Rentas Sempadan (CBES).

“Kita juga bersungguh-sungguh mengusahakan program Kredit Karbon yang mampan dan mampu menjana pendapatan baharu kepada syarikat dan negeri. Setakat ini, Terengganu Inc sedang menjalankan dua projek rintis dalam merealisasikan sumber baharu pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, sektor penjagaan kesihatan juga sedang dikembangkan susulan kadar pertumbuhan yang tinggi sejak tiga tahun lalu dan dijangka mencecah RM900 juta pada 2030 berbanding lebih RM300 juta yang dicatatkan ketika ini.

“Selain itu, ada satu projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC)…yang saya tidak boleh sebut lagi. Insya-Allah mempunyai potensi yang tinggi untuk memperoleh projek berkenaan,” katanya.

Coelho

Related Posts

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

KUALA LUMPUR (3 Okt): Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB) — syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd (60%) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (40%) — telah memeterai perjanjian…

Systech lantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif

KUALA LUMPUR (1 Okt): Systech Bhd telah melantik Datuk Ong Theng Soon sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa 1 Oktober 2025, dalam usaha memperkukuh hala tuju strategik kumpulan penyedia rumusan teknologi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah