Polis Beku 96 Akaun Milik GISBH Dengan Nilai Lebih RM581,000

  • News
  • September 18, 2024

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) membabitkan aset bernilai lebih RM581,000.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan untuk menyita lapan buah kenderaan syarikat berkenaan juga telah dikeluarkan.

“Sehingga kini, pembekuan aset yang dibuat AMLA, sebanyak 96 akaun melibatkan GISB yang kita kenal pasti dan jejak.

“Yang mana jumlah kita bekukan aset ini adalah RM581,552.31 telah dibekukan di bawah Seksyen 42 AMLAFTPUAA 2001.

“Empat akaun juga telah ditutup. Lapan buah kenderaan juga kita telah keluarkan perintah untuk disita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung perkembangan Op Global yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Razarudin memaklumkan sebanyak 33 kertas siasatan dibuka menerusi siasatan Fasa Satu dan Fasa Dua Op Global.

“Jumlah keseluruhan rakaman percakapan yang telah dijalankan Op Global adalah sebanyak 740 melibatkan pengadu (30), saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102),” ujarnya.

Berkenaan mangsa pula, seramai 149 kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun diberikan perintah jagaan sementara di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Baki mangsa kanak-kanak seramai 243 orang masih ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan secara berperingkat.

“Siasatan sedang kita lakukan. Memang siang dan malam. Kita tentukan bahawa siasatan ini telus dan adil.

“Kita juga tentukan bahawa tindakan ini dibuat secara adil dan yang patut mendapat hak itu akan mendapat haknya,” tegas beliau.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN