Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

KUALA LUMPUR: Ketua Dasar Awam Tiktok Malaysia, Anuar Fariz Fadzil, sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

“Hari pertama hari ini sebagai CEO baharu MDEC,” kata Syed Ibrahim.

Anuar Fariz pernah menjadi pegawai khas kepada Dato’ Sri Mustapa Mohamed semasa berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Antarabangsa Malaysia pada 2013 hingga 2017.

Beliau seterusnya menyertai Axiata sebagai Ketua Pengurusan Pihak Berkepentingan Kerajaan Wilayah dan seterusnya sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif – Strategi Sektor Awam & Ekonomi Digital di Celcom Axiata Berhad pada 2019.

Anuar Fariz mengambil cuti belajar semasa pandemik COVID-19 bagi mengikuti pengajian Sarjana dalam Dasar Awam Antarabangsa di Universiti Johns Hopkins, Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Washington D.C. 

Beliau menyertai TikTok Malaysia pada Februari lalu.

Jawatan CEO MDEC telah kosong sejak 1 September lalu, berikutan tamatnya perkhidmatan Mahadhir Aziz pada 31 Ogos 2024.

Coelho

Related Posts

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat