IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.

Persidangan yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2024 itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai rakan strategiknya.

MGTC dalam satu kenyataan berkata, tema persidangan ‘Race Towards Net Zero: Regional Leadership for Climate Urgency’ mencerminkan keperluan mendesak untuk mengambil satu tindakan bersama bagi menangani perubahan iklim.

“Memandangkan usaha global semakin giat untuk membendung pelepasan gas rumah hijau, IGEM akan menerajui perbincangan kritikal mengenai kemampanan dan penyelesaian teknologi hijau untuk masa depan rantau ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor, berkata IGEM berperanan untuk meletakkan Malaysia di persada global ketika negara sedang bersiap sedia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025 dan Conference of the Parties (COP29) di Azerbaijan.

“IGEM menjadi penghubung global untuk inovasi dan kerjasama bagi memastikan idea berkembang menjadi satu penyelesaian utama.

“Ia menghimpunkan pemimpin antarabangsa, perniagaan hijau dan penggubal dasar bagi memangkin kerjasama rentas sempadan, pertukaran pengetahuan dan kemajuan teknologi yang penting dalam menangani krisis iklim,” katanya.

Beliau berkata, platform ini memperkasakan kepimpinan Malaysia di peringkat antarabangsa dan mewujudkan peluang untuk perkongsian bermakna yang boleh memacu perubahan yang memberi kesan di seluruh global.

Acara utama IGEM 2024 ialah sidang kemuncak Peralihan Tenaga Bersih Asia (CETA), yang akan disertai menteri, penggubal dasar dan pemimpin sektor swasta untuk membimbing peralihan Asia ke arah tenaga bersih.

Sidang kemuncak itu bertujuan untuk menyediakan cerapan dan strategi praktikal kepada peserta, selain memfokuskan kepada kerjasama awam-swasta untuk meningkatkan usaha tenaga bersih di seluruh rantau ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

KUALA LUMPUR: Penyedia rangkaian 5G generasi hadapan Malaysia, U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas utama yang berpangkalan di ASEAN, EdgePoint Infrastructure Sdn Bhd…

OPR dijangka kekal pada 3.0 peratus sepanjang 2025

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit di bawah Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan