Kerajaan pertimbang tamatkan subsidi telur ayam – Mohamad Sabu

  • News
  • October 10, 2024

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, cadangan penamatan subsidi teluar ayam sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Cadangan ini sudah dikemukakan untuk pertimbangan. Jika mendapat kelulusan, kita boleh tamatkan subsidi,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM di sini, semalam.

Beliau berkata, langkah kerajaan menghentikan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu terbukti berhasil apabila harga dan bekalan ayam di pasaran terus stabil sehingga kini.

“Tempoh awal saya di kementerian ini, waktu itu negara berhadapan kekurangan ayam dan telur ayam. Kini, penternak ayam pula mengeluh kepada saya kerana harga ayam terlalu murah.

“Alhamdulillah, berkat kerja keras semua, hari ini kita tidak lagi mendengar keluhan rakyat mengenai ketiadaan bekalan ayam dan telur ayam di pasaran,” katanya.

Menurut beliau, negara telah membelanjakan lebih RM3 bilion sejak Februari 2022 untuk subdisi ayam dan telur, sebelum kerajaan melaksanakan penamatan subsidi ayam pada 1 November 2023 dan menyaksikan bekalan serta harga ayam semakin stabil hingga kini.

Tambah Mohamad, langkah menamatkan subsidi berkenaan wajar dipertimbangkan berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan RM100 juta sebulan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 63 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 54 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH