Jualan asing ekuiti berkurangan kepada RM45.7 juta – MIDF Research

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menjual ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih sederhana sebanyak RM45.7 juta pada minggu lalu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Dalam laporan aliran dana pada minggu berakhir 11 Oktober, MIDF berkata jualan bersih yang ketara adalah pada Isnin dan Jumaat, dengan aliran keluar, masing-masing sebanyak RM147.9 juta dan RM216.6 juta.

Situasi ini mengimbangi aliran masuk yang dicatatkan dari Selasa hingga Khamis, antara RM44.4 juta dan RM70.2 juta setiap hari.

“Sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM98.0 juta), hartanah (RM31.8 juta) dan perladangan (RM23.7 juta).

“Sebaliknya, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (-RM184.5 juta), pengangkutan dan logistik (-RM48.0 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM44.0 juta),” katanya.

Menurut MIDF, pelabur institusi tempatan menyokong bursa tempatan untuk minggu kelima berturut-turut, dengan belian bersih berjumlah RM93.4 juta.

Peruncit tempatan juga merupakan pembeli bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah belian sebanyak RM102.5 juta.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) merosot dalam semua kategori pelabur minggu lepas.

Pelabur runcit menyaksikan penurunan sebanyak 0.6% manakala institusi tempatan dan pelabur asing, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 5.4% dan 6.4%.

Di peringkat serantau, katanya ia merupakan satu lagi minggu untuk pelabur asing menjual ekuiti Asia, dengan aliran masuk bersih berjumlah US$4.43 bilion, angka yang lebih rendah daripada aliran keluar bersih sebanyak US$7.31 bilion dicatatkan pada minggu sebelumnya.

“Taiwan dan Filipina adalah dua negara yang hanya mencatatkan aliran masuk asing bersih ke dalam pasaran ekuiti mereka,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 305 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 252 views
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis. Pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO