KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM27 juta untuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel.
“Tahun hadapan, MyCC disediakan 27 juta ringgit untuk terus memecahkan tembok penguasaan kartel,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Setakat September 2024, MyCC berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel dan penipuan bida melibatkan jumlah penalti dikenakan hampir RM600 juta melibatkan lebih 350 syarikat.