Saham McDonald’s menjunam ekoran wabak E.coli

BENGALURU: Saham McDonald’s jatuh 7.3% pada awal dagangan hari ini selepas wabak E. coli yang dikaitkan dengan hamburger Quarter Pounder rangkaian restoran itu mengakibatkan seorang maut dan menyebabkan 49 orang jatuh sakit di Amerika Syarikat (AS).

Wabak itu dilaporkan di 10 negeri dan sekurang-kurangnya 10 orang telah dihantar ke hospital, kata Pusat Kawalan Penyakit AS .

Kes mula dilaporkan pada akhir September dan berterusan hingga Oktober.

“Kebimbangan kesihatan awam ini adalah perkara terakhir yang dimahukan oleh McDonald’s memandangkan ia telahpun bergelut untuk memacu pertumbuhan,” kata Ketua Wang dan Pasaran Hargreaves Lansdown, Susannah Streeter.

Strain E. coli O157:H7 yang membawa kepada wabak McDonald’s dikatakan menyebabkan penyakit serius dan sama seperti strain yang dikaitkan dengan insiden 1993 di Jack in the Box, yang mengorbankan empat kanak-kanak.

Wabak itu mungkin berpunca daripada penggunaan hirisan bawang yang digunakan dalam Quarter Pounder dan diperoleh daripada pembekal tunggal yang menyediakan perkhidmatan kepada tiga pusat pengedaran, kata McDonald’s berdasarkan penemuan awalnya.

Pada masa lalu, dua wabak E. coli yang ketara iaitu Chipotle Mexican Grill pada 2015 dan Jack in the Box pada 1993, telah menjejaskan jualan dengan ketara di syarikat tersebut.

Chipotle mengambil masa setahun setengah untuk stabil, manakala jualan Jack in the Box merosot selama empat suku berturut-turut, kata penganalisis, Raymond James Brian Vaccaro.

Penganalisis berkata, jualan suku keempat McDonald’s mungkin menyaksikan sedikit tekanan daripada wabak itu tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada ia akan lebih buruk daripada dua kes E. Coli sebelum ini.

“…sementara masih awal, sejarah terdahulu mencadangkan tekanan (jualan setanding) boleh berakhir dengan cepat dan terbukti bersifat sementara, dengan mengandaikan ia tidak berulang,” kata penganalisis BMO Capital Markets, Andrew Strelzik.

McDonald’s telah mencatatkan penurunan mendadak dalam jualan di seluruh dunia pada bulan Julai, penurunan suku pertamanya dalam lebih tiga tahun, apabila pengguna yang mencari tawaran menolak menu itemnya yang berharga lebih tinggi.

Langkah syarikat untuk mengenal pasti sumber wabak dengan cepat dan menambah bekalan sepatutnya menyelesaikan masalah itu, kata penganalisis J.P. Morgan dalam nota, sambil menambah bahawa ia tidak menjangkakan ini akan ‘menenggelamkan pasaran AS atau antarabangsa’.

McDonald’s berkat,a ia telah mengeluarkan hirisan bawang dan roti daging lembu yang digunakan dalam Quarter Pounder dan menghentikan sementara jualannya di restoran di kawasan yang terjejas. – REUTERS

  • Coelho

    Related Posts

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    • April 15, 2025
    TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    • April 15, 2025
    Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    • April 11, 2025
    Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

    • April 9, 2025
    MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM