Dolar AS melonjak, pelabur jangka Trump menang pilihan raya Presiden

TOKYO: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak sekitar 1.5 peratus berbanding yen dan euro hari ini apabila peniaga menimbang implikasi belanjawan daripada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS.

Dolar AS naik 1.51 peratus berbanding mata wang Jepun untuk diniagakan pada 153.89 yen pada sekitar 0245 GMT dan melonjak 1.41 peratus kepada hampir 0.93 euro.

Penganalisis berkata, Rizab Persekutuan (Fed) AS berkemungkinan kecil untuk mengurangkan kadar faedah secara agresif di bawah dasar belanjawan Trump.

Bekas presiden Republikan itu bersaing menentang Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris untuk menduduki Rumah Putih.

Pengundian secara beransur-ansur ditutup di seluruh AS pada waktu pagi di Asia, dengan malam yang panjang menunggu keputusan dijangka.

‘Pasaran mula bertaruh kepada kepulangan Trump’, dengan margin lebih besar daripada ramalan di Florida, kata Ketua Strategi di Daiwa Securities, Yugo Tsuboi, yang dipetik oleh Bloomberg News.

Pelabur telah mengambil kedudukan menjelang pilihan raya, dengan mendapati persaingan terlalu sengit antara kedua-dua calon.

Penganalisis berkata, terdapat juga perhatian yang diberikan kepada persaingan Kongres, sambil menambah bahawa kemenangan beaar untuk Trump dan Republikan mungkin akan meningkatkan hasil dolarAS dan Perbendaharaan disebabkan rancangannya untuk mengurangkan cukai dan mengenakan tarif ke atas import. – AFP

Coelho

Related Posts

  • Dunia
  • January 20, 2025
  • 275 views
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

  • Dunia
  • May 20, 2024
  • 388 views
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, disahkan maut dalam nahas helikopter

DUBAI: Presiden Iran, Ebrahim Raisi, semalam disahkan maut oleh pegawai kerajaan negara itu dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan berbukit berhampiran sempadan Azerbaijan kelmarin. Menurut laporan media tempatan, helikopter…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat