Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 25 hakim

  • News
  • November 12, 2024

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 25 hakim di Istana Negara hari ini.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Baginda kemudian berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lapan Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, Datuk Faizah Jamaludin, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Datuk Ismail Brahim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Pada istiadat itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 15 Hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Azizan Md Arshad, Narkunavathy Sundareson, Noor Ruwena Md Nurdin, Jamhirah Ali, Noor Hayati Mat, Azlan Sulaiman dan Kenneth Yong Ken Chinson St. James.

Hakim Mahkamah Tinggi yang lain ialah Leong Wai Hong, Noor Hisham Ismail, Roz Mawar Rozain, Wan Fadhilah Nor Wan Idris, Rofiah Mohamad, Wong Mee Ling, Datuk Raja Ahmad Mokhzanuddin Shah Raja Mohzan dan Suria Kumar D.J. Paul.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Bakar dan Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Hakim Salinah Ismail.

Selesai pengurniaan surat cara pelantikan, Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama hakim-hakim yang baru dilantik. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital