Fajarbaru dedah alasan tarik diri dari projek pembangunan rumah milik bernilai RM192 juta di Putrajaya

KUALA LUMPUR: Alasan Fajarbaru Builder Group Bhd menarik diri daripada menyertai pembangunan rumah mampu milik Residensi Cemara, di Putrajaya yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM192 juta adalah kerana ia menganggap projek itu ‘tidak mampan’ berikutan perubahan dari segi keperluan.

Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah itu mendedahkan bahawa penarikan diri sebagai pemaju projek itu disebabkan oleh perubahan dari segi keperluan yang dibuat oleh Perbadanan Putrajaya.

“Selepas pertimbangan yang teliti, lembaga pengarah mendapati pembangunan itu tidak mampan dan telah memutuskan untuk mengejar peluang yang lebih berdaya maju,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Fajarbaru juga mendedahkan bahawa anggaran kos yang ditanggung oleh Fajarbaru Land setakat ini bagi kerja-kerja yang telah dilakukan pada atau untuk pembangunan itu berjumlah RM1.2 juta.

“Tiada implikasi undang-undang yang timbul daripada penarikan balik oleh Fajarbaru Land,” tambahnya.

Fajarbaru mengambil bahagian dalam pembangunan itu melalui anak syarikat milik penuhnya Fajarbaru Land (M) Sdn Bhd.

Pada 8 November lalu, Fajarbaru berkata Perbadanan Putrajaya telah menerima penarikan balik Fajarbaru Land sebagai pemaju untuk pembangunan bersepadu itu. Bagaimanapun, tiada alasan diberikan ketika itu.

Fajarbaru Land pada 24 Januari lalu menerima surat tawaran daripada Perbadanan Putrajaya berhubung pelantikan Fajarbaru Land sebagai pemaju Residensi Cemara, terdiri daripada 480 unit Residensi Madani dan 320 unit Residensi Wilayah, dengan tempoh pembangunan tiga tahun.

Coelho

Related Posts

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd (SRB) bersama anak syarikatnya, Sapura Aero Sdn Bhd dan Aerodome Fife Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap bekas Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. SRB dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap