Nestcon peroleh kontrak RM31.61 juta untuk pembangunan di Damansara Perdana

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM31.61 juta daripada Mightyprop Sdn Bhd bagi kerja-kerja letupan batu dan kerja am lain berkaitan cadangan jalan dan saliran untuk cadangan pembangunan hartanah di Damansara Perdana, Selangor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata tarikh permulaan kontrak adalah pada 15 November 2024 dan tempoh penyiapan keseluruhan bagi kerja-kerja kontrak itu ialah 12 bulan bermula dari tarikh dimulakan.

“Tempoh liabiliti kecacatan hendaklah 27 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Siap Praktikal,” katanya.

Pembangunan itu terdiri daripada 20 blok menara pejabat, lima blok pangsapuri servis dan SOHO, enam blok pangsapuri servis dan rumah mampu milik, ruang perniagaan, hotel, sekolah swasta, auditorium dan kemudahan lain yang berkaitan.

Coelho

Related Posts

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

KUALA LUMPUR: HHRG Bhd mengumumkan penggantungan tugas Ketua pegawai eksekutif HHRG Bhd, Fong Chee Khuen susulan dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat dan syarat dalam kontrak pekerjaan Fong.…

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia. Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH