Ananda Krishnan meninggal dunia

  • News
  • November 28, 2024

KUALA LUMPUR: Usahawan terkaya, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam, meninggal dunia hari ini, Khamis.

Perkara itu disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan, Usaha Tegas Sdn Bhd, yang dipimpin oleh mendiang, dalam satu kenyataan.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, kami mengumumkan pemergian Pengerusi kami, Tuan Ananda Krishnan Tatparanandam, yang telah pergi menghadap Illahi dengan tenang pada 28 November 2024,” kata kenyataan itu.

Pada Aril, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia, selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong, dengan nilai kekayaan bersih sebanyak USD5.1 bilion

Kata kenyataan itu, mendiang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan dunia korporat.

“Sifat filantropinya juga memberi impak serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” tulis kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.

Pada Aril, Forbes menyenaraikan mendiang sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia, selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong, dengan nilai kekayaan bersih sebanyak USD5.1 bilion.

Mendiang merupakan alumni Sekolah Perniagaan Harvard, Ananda mengasaskan pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Bhd, serta syarikat penyiaran dan media, Astro Malaysia Holdings Bhd.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 28, 2024
  • 17 views
Mahkamah kembalikan pasport Na’imah secara kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membenarkan balu Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal sementara menunggu keputusan perbicaraan atas dakwaan gagal…

  • News
  • November 25, 2024
  • 35 views
Sanusi dakwa ada ‘perancangan besar’ gagalkan pelaburan swasta di Kedah

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat perancangan besar untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri itu. Dakwa Sanusi, syarikat yang berhasrat melabur di Kedah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Mahkamah kembalikan pasport Na’imah secara kekal

  • November 28, 2024
Mahkamah kembalikan pasport Na’imah secara kekal

Ananda Krishnan meninggal dunia

  • November 28, 2024
Ananda Krishnan meninggal dunia

Bin Zayed International buka pejabat di Malaysia, komited labur AS$2 bilion

  • November 25, 2024
Bin Zayed International buka pejabat di Malaysia, komited labur AS$2 bilion

Bank Dunia lantik Judith Green dari Jamaica sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

  • November 25, 2024
Bank Dunia lantik Judith Green dari Jamaica sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia

Sanusi dakwa ada ‘perancangan besar’ gagalkan pelaburan swasta di Kedah

  • November 25, 2024
Sanusi dakwa ada ‘perancangan besar’ gagalkan pelaburan swasta di Kedah

SPRM perlu masa lengkapkan siasatan, Mahkamah Sesyen lapangkan tarikh bicara kes Bekas Pengarah Revenue Group

  • November 25, 2024
SPRM perlu masa lengkapkan siasatan, Mahkamah Sesyen lapangkan tarikh bicara kes Bekas Pengarah Revenue Group