Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel

  • News
  • December 2, 2024

KUALA LUMPUR: Langkah pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan di Semenanjung melalui program Budi Madani menjana penjimatan kira-kira RM600 juta sebulan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah itu penting bagi memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain.

Menurutnya, ia secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan antaranya seperti jalan, hospital, dan sekolah.

“Di samping itu, peruntukan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 turut ditingkatkan berbanding peruntukan tahun 2024.

“Kerajaan akan terus komited dalam mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menaikkan lantai di bawah Ekonomi Madani,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) tentang penjimatan kerajaan daripada subsidi diesel yang telah ditarik dan kaedah kerajaan untuk menggunakan jumlah penjimatan tersebut.

Ujarnya, di bawah program Budi Madani, terdapat tiga sub-program utama iaitu Program MySubsidi Diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), Budi Individu dan Budi Agro-Komoditi.

Di bawah SKDS 2.0, 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat yang menggunakan kaedah fleet card akan kekal menikmati harga diesel pada kadar RM2.15 seliter.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian, golongan petani dan pekebun kecil di bawah Budi Individu dan Budi Agro-komoditi tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ditetapkan.

“Sehingga 31 Oktober 2024, lebih 140,000 penerima Budi Individu dan 65,000 penerima Budi Agri-Komoditi telah diluluskan dalam tempoh 5 bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 dengan jumlah bayaran sebanyak RM160juta.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 26 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 31 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat