Vivy dan suami mengaku tidak bersalah pecah amanah dana pelaburan Khazanah, PNB bernilai RM8 juta

  • Kes
  • December 5, 2024

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, didakwa atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.

Bagaimanapun, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rosli Ahmad, di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

“Faham, mengaku tidak bersalah,” kata Vivy dan suami yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju serba putih bersama Fadzarudin, yang mengenakan kot berwarna hitam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd, yang diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB, telah melakukan pecah amanah jenayah.

Mereka didakwa membuat pembayaran berjumlah RM8 juta dari akaun bank milik syarikat fesyen e-dagang terkemuka ke syarikat 30 Maple Sdn Bhd, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan.

Rosli membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasangan suami isteri itu perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

“Kedua-dua tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini sehingga kes selesai,” kata hakim.

Mahkamah kemudian turut menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan kes.

Terdahulu, Wan Shaharuddin berkata, kesalahan itu tidak boleh dijamin namun kedua-dua tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM.

“Oleh itu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan antara RM100,000 hingga RM200,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

“Ini bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah tersebut sangat munasabah dengan mengambil kira keseriusan kes ini.

“Kami berhak untuk meminta syarat tambahan dalam kes ini iaitu kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.

“Pasport diserahkan kepada mahkamah kerana kesalahan ini amat serius dan ada flight risk (melarikan diri). Mereka boleh memohon untuk mendapatkan pasport sementara pada bila-bila masa dengan alasan munasabah.

“Kedua-dua tertuduh juga dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini kerana kebanyakan saksi terlibat dalam FashionValet,” kata Wan Shaharuddin yang juga Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

Pada 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023 berbanding pelaburan RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 juta dan RM20 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa transaksi mencurigakan dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Media sebelum ini turut melaporkan SPRM menyerbu Fashion Valet dan serta Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB secara serentak.

Vivy dan suaminya turut memohon maaf menerusi kenyataan di laman sosial (Instagram) miliknya susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.

Isu berhubung kerugian pelaburan terbabit turut mendapat perhatian ramaidi media sosial.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah